Rakyat boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan atas kecuaian menangani isu jerebu.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata perkara itu boleh dilakukan sekiranya kecuaian tersebut mengakibatkan kerosakan terhadap dirinya, harta atau masyarakat melalui ‘public interest litigation’.
Beliau yang juga peguam mengulas tentang tindakan dua kumpulan yang baru-baru ini mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan cuai dan pecah amanah sehingga menyebabkan krisis jerebu yang melanda negara.
Bagaimanapun, Nik Ahmad memberitahu anggota kumpulan itu mestilah rakyat Malaysia serta perlu ada ‘locus standi’ atau perintah tetap mengemukakan bukti-bukti kerosakan tersebut.
“Selalunya mereka yang alami kesukaran akibat sesuatu yang berlaku misalnya bencana alam akibat kecuaian, empangan pecah, banjir besar. Pecah amanah kerana berlaku kecuaian...orang yang alami kerosakan atau cedera boleh ambil tindakan,” katanya kepada Astro Awani.
Menurutnya, kumpulan itu boleh mengambil tindakan terhadap kerajaan jika mereka merasakan kerajaan tidak menjalankan langkah yang sesuai dan tertentu untuk memastikan jerebu tidak berlaku atau dikurangkan.
“Jika sebab jerebu mereka boleh ambil tindakan kecuaian jika (mereka percaya) kerajaan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk tangani masalah jerebu ini,” kata beliau.
Namun, jelasnya mereka perlu mengemukakan bukti-bukti yang kukuh bagi kes tersebut.
Menjawab tentang mahkamah yang terlibat dalam kes begini, Nik Ahmad memberitahu pada kebiasaannya ialah Mahkamah Tinggi.
Sementara itu seorang lagi peguam, Michelle Yesudas berkata perlu ada tindakan bersama untuk menangani sesuatu yang merosakkan alam sekitar.
“Kita semua perlu atasinya... adakan sesi dialog bukan sahaja di kalangan kerajaan tetapi juga orang ramai,” katanya sambil memuji langkah yang diambil oleh kumpulan-kumpulan tersebut.
Kumpulan-kumpulan tersebut, Memacu Arus Perjuangan (MAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada Selasa telah menyerahkan satu notis kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk G. Palanivel pada pukul 4 petang tadi meminta penjelasan kerajaan termasuk apakah langkah-langkah khusus yang dirancang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah jerebu ketika ini.
Kerajaan juga diberi masa seminggu (tujuh hari) untuk membuat penjelasan itu di mana kegagalan berbuat demikian akan memaksa kumpulan itu “mengambil tindakan undang-undang dan langkah-langkah selanjutnya”.
Kumpulan itu berkata tindakan undang-undang itu dilakukan bagi meletakkan tanggungjawab terhadap kerajaan yang didakwa mereka “di bawah perlembagaan, kerajaan seharusnya melindungi warganya”.
Haider Yutim
Thu Jun 27 2013
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.