awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok

Bernama
Bernama
16/02/2025
05:10 MYT
Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Aedy Fadly berkata kemudahan itu dijangka memanfaatkan 2.38 juta pemegang PDL yang layak. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan hari ini berkata kemudahan itu dijangka memanfaatkan 2.38 juta pemegang PDL yang layak.
"Pengenalan fungsi baharu ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.
"Dengan adanya fungsi baharu ini, pemegang lesen PDL boleh membuat permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi telefon pintar mereka," menurut kenyataan itu.
Beliau berkata pemohon perlu memuat turut atau mengemas kini aplikasi MyJPJ sebelum log masuk bagi meneruskan beberapa langkah, iaitu memilih menu 'Permohonan CDL' dan 'Tempoh Pembaharuan'.
Aedy Fadly berkata pemohon perlu memilih 'Mod Bayaran' dan membayar fi permohonan secara dalam talian bagi membolehkan permohonan mereka diproses.
"Seterusnya anda akan menerima notifikasi status permohonan," katanya.
Aedy Fadly berkata fungsi baharu permohonan CDL melalui aplikasi MyJPJ itu adalah mudah dan cepat, menjimatkan masa, fleksibel dan mesra pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyJPJ
#lesen memandu percubaan
#tukar lesen
#JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan