WORLD Government Summit (WGS 2024) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini telah mencetuskan minat penulis dengan tadbir urus digital dan penyampaian perkhidmatan awam yang diamalkan Estonia, sebuah negara di Eropah Utara.
Estonia yang dahulunya sebahagian daripada Kesatuan Soviet telah dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat paling celik teknologi di dunia oleh organisasi antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia (WEF), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Suruhanjaya Eropah.
Sistem tadbir urus di negara dengan 1.3 juta penduduk itu dilaporkan berfungsi secara digital; antara lain, cukai diselesaikan dalam talian dalam masa kurang lima minit, sebanyak 99 peratus perkhidmatan awam tersedia di laman sesawang 24 jam sehari dan hampir satu pertiga rakyatnya mengundi melalui internet.
Menteri Pendidikan dan Penyelidikan Estonia Kristina Kallas memberitahu Bernama, perjalanan transformasi pendigitalan negara itu bermula sejak 24 tahun yang lepas, kini usaha sedang dilaksana untuk mengintegrasikan dengan kecerdasan buatan (AI) bagi untuk menghasilkan lebih banyak kemajuan.
"Kami berfikiran positif terhadap AI kerana kami telah melalui pengalaman yang sangat positif dengan tadbir urus digital. Kini dengan AI, masyarakat kita juga mempunyai pemikiran yang sangat terbuka terhadap AI.
"Kami sedang giat mencari peluang untuk memanfaatkan AI. Kami kini di fasa ujian," katanya ketika ditemui di luar WGS 2024 yang diadakan di Dubai. Edisi ke-11 tahun ini menyaksikan AI menjadi fokus utama perbincangan.
Sistem PADU di landasan tepat
Kallas berkata infrastruktur data yang mantap memainkan peranan penting dalam membantu menyampaikan perkhidmatan diperibadikan (personalised) yang disesuaikan dengan profil individu, rekod demografi, cukai, keluarga dan kesihatan.
Infrastruktur data yang kukuh itu membolehkan Estonia membayangkan masa depan yang menyaksikan teknologi AI memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada rakyat dengan lebih efisien dan lancar.
Malaysia juga sedang bergerak ke arah yang sama untuk mengintegrasikan teknologi AI.
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan baru-baru ini, juga dikenali sebagai Hab Pangkalan Data Pusat, sama seperti dengan contoh menarik yang diberikan oleh Kallas
Sistem PADU dijangka membantu kerajaan mengenal pasti mereka yang benar-benar layak menerima bantuan dan subsidi.
"AI boleh berfungsi sebagai mesin - satu sistem yang boleh menghasilkan perkhidmatan.
"Kami (di Estonia) juga sedang dalam fasa ujian untuk membangunkan jenis sistem yang mampu mereka bentuk perkhidmatan yang sangat personalised kepada setiap individu, bergantung pada identiti tertentu yang dimiliki oleh individu," tambah Kallas.
Cabaran keselamatan siber dalam AI
Di tengah-tengah kemajuan, sama ada Malaysia mahupun Estonia pastinya terpaksa mengharungi cabaran keselamatan siber sepanjang perjalanan ke arah pendigitalan.
Tatkala Estonia terus berusaha mengharungi kerumitan pendigitalan dan integrasi AI, Kallas menegaskan mengenai kepentingan keselamatan siber dalam melindungi keupayaan kemajuan tersebut.
Memandangkan keselamatan siber menjadi asas tadbir urus yang moden, Estonia memperuntukkan sejumlah besar pelaburan dalam infrastruktur keselamatan siber termasuk penubuhan Pusat Keselamatan Siber.
"Isu keselamatan siber adalah persoalan asas dan mesti ditangani. Kami mempunyai kedua-dua pusat yang memberi perhatian utama kepada isu yang berkaitan, termasuk ruang siber dan perlindungan data.
"Kami menyediakan latihan rangkaian keselamatan siber berasaskan AI kepada kebanyakan anak-anak muda (kanak-kanak sekolah), mereka diajar kemahiran penting dan membangunkan mekanisme pertahanan yang inovatif terhadap jenayah siber.
"Kami mempunyai beberapa syarikat yang memainkan peranan penting dalam pasaran antarabangsa dengan menyediakan kursus keselamatan siber yang dipacu oleh AI yang khusus untuk golongan muda," kata Kallas.
Memperkasa pendidik untuk era digital
Dalam perubahan landskap pendidikan yang dipengaruhi oleh perkembangan teknologi, Kallas menekankan mengenai kepentingan tenaga pendidik dan keperluan mendesak memperkasa mereka untuk mengemudi kerumitan AI.
Kallas turut menyentuh mengenai aspek penting yang sering diabaikan dalam perbincangan tentang pendidikan digital; "Pendidikan digital di Estonia bukan mengenai alat. Kami menumpukan pada pembelajaran melalui cara digital iaitu meneroka potensi transformatif realiti maya serta sistem dalam talian.
"Kuncinya terletak kepada tenaga pengajar. Para guru harus memiliki kecekapan digital untuk memahami bagaimana proses pembelajaran yang berbeza berkembang dalam persekitaran digital.
"Ini bukan tentang sama ada membenarkan penggunaan telefon atau tablet di dalam kelas tetapi tentang bagaimana untuk memanfaatkan alat-alat ini bagi menambah baik pembelajaran," katanya.
Mengulas mengenai adaptasi pembelajaran AI ke dalam sistem pendidikan negara, Kallas menggariskan strategi komprehensif yang berpusat kepada pembangunan dan latihan guru dalam kecekapan digital.
Beliau berkata guru perlu memahami perbezaan antara memberi tugasan dalam bentuk kertas berbanding platform dalam talian.
"Mereka harus memahami bagaimana otak manusia bertindak balas dan berkembang secara berbeza dalam persekitaran pembelajaran digital berbanding pendekatan tradisional. Kami memanfaatkan teknologi digital untuk mengumpul dan menganalisis data mengenai pengalaman pembelajaran pelajar, prestasi sekolah dan kelayakan guru.
"Data ini sangat berharga untuk merangka dasar dan memastikan kualiti pendidikan," kata beliau.
Adakah rakyat Malaysia bersedia?
Strategi berdaya maju Estonia dalam merevolusikan pendidikan untuk era digital dan memanfaatkan kuasa AI bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat menjadi sumber inspirasi. Ia mendorong penulis untuk bertanya: Bolehkah Malaysia meniru kejayaan Estonia dalam memperkasakan para pendidik dan rakyat untuk mahir mengemudi selok-belok AI?
Penyelesaian bukan semata-mata bergantung pada keterbukaan untuk menerima pakai transformasi tetapi juga bergantung kepada iltizam bersama memupuk kecekapan teknologi. Menerima perubahan dan memupuk minda celik teknologi adalah komponen penting bagi Malaysia untuk mencontohi kejayaan Estonia dalam landskap yang dinamik ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
Sistem PADU dijangka membantu kerajaan mengenal pasti mereka yang benar-benar layak menerima bantuan dan subsidi. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Bolehkah Malaysia adaptasi tadbir urus digital, penggunaan AI seperti Estonia?
World Government Summit (WGS 2024) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini telah mencetuskan minat penulis dengan tadbir urus digital dan penyampaian perkhidmatan awam yang diamalkan Estonia.
WGS 2024: Shah Rukh Khan mahu bawa inovasi teknologi dalam industri filem India
Bintang Bollywood Shah Rukh Khan menyuarakan komitmennya untuk memajukan inovasi teknologi dalam industri filem India selain menggalakkan harapan melalui penceritaan dalam filem.