awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap paling cemerlang, bukan kadar Fed AS - Penganalisis
Selangor, Terengganu sah ke separuh akhir Piala Malaysia
AS, Greenland & Denmark adakan perbincangan pertama selepas Trump ubah pendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba bantu lelaki keluarkan kaki tersepit jeriji longkang

Aida Aziz
Aida Aziz
23/01/2022
22:20 MYT
Bomba bantu lelaki keluarkan kaki tersepit jeriji longkang
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk meregangkan jeriji penutup longkang, seterusnya berjaya mengeluarkan kaki mangsa. - Foto JBPM
PANGKOR: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih 15 minit apabila kakinya tersangkut di celahan jeriji penutup longkang berdekatan Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor, di sini, malam tadi.
Dia akhirnya mendapat khidmat khas pasukan bomba bagi membantu mengeluarkan kaki kirinya yang tersepit.
Difahamkan, lelaki berusia 45 tahun itu merupakan penduduk di kawasan berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 8.22 malam.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor bergegas ke lokasi bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan kaki mangsa.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati, seorang lelaki terjatuh dan kaki sebelah kirinya terperangkap pada celahan jeriji longkang," katanya dalam kenyataan semalam.
Foto JBPM
Foto JBPM
Justeru, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk meregangkan jeriji penutup longkang, seterusnya berjaya mengeluarkan kaki mangsa.
"Mangsa mengalami sakit-sakit di bahagian kaki kiri, tetapi mujur tidak luka atau patah," katanya lagi.
Operasi yang diketuai PBK II Esmadi Darusman itu tamat pada jam 8.43 malam.
Topic Berkaitan
#kaki tersepit
#jeriji longkang
#terperangkap jeriji longkang
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan