awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba lemas: Anak-anak Allahyarham akan terima bantuan pendidikan

Fareez Azman
Fareez Azman
22/10/2021
10:56 MYT
Bomba lemas: Anak-anak Allahyarham akan terima bantuan pendidikan
Datuk Syed Fazmi Sayid Mohamad (tengah) berbual dengan balu Mohd Diya Che Jusoh, Noraida Che Nor ketika berkunjung ke rumah Allahyarham pada Jumaat. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad. - Gambar Astro AWANI
KRUBONG: Empat anak Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba yang lemas ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, Melaka akan menerima bantuan pendidikan sewajarnya.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Syed Fazmi Sayid Mohamad yang mengadakan lawatan di kediaman Allahyarham Mohd Diya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat.
Menurut Syed Fazmi, kunjungannya mewakili Perdana Menteri adalah bagi memastikan keluarga Allahyarham mendapat kebajikan yang mencukupi.
"Perdana Menteri berasa sangat dukacita akan kehilangan anggota bomba dalam operasi menyelamat dalam banjir tersebut.
"Kita di sini sampaikan sumbangan peribadi daripada Perdana Menteri, Ranhill (syarikat korporat pembekal kuasa dan tenaga) juga mengambil inisiatif membantu anak-anak arwah dari segi pendidikan dari kecil sehingga dewasa. Ranhill mengambil mereka sebagai anak angkat," kata beliau.
BACA: Anggota bomba lemas ketika misi menyelamat meninggal dunia
BACA: Jenazah anggota bomba lemas selamat dikebumi
Mengulas lanjut, jelas Syed Fazmi, anak sulung Allahyarham yang berusia 18 tahun akan dibantu untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional dalam masa terdekat.
"Anak arwah sulung berumur 18 tahun, beliau sangat berminat jurusan automotif di Kolej Vokasional.
"Kita telah berhubung dengan Kementerian Pendidikan, dan Insya-Allah Kementerian Pendidikan akan mengambil maklum dan ambil tindakan membantu anak beliau masuk ke Kolej Vokasional dalam jurusan automotif, " katanya lagi.
Dalam kejadian pukul 4 petang Rabu lalu, Allahyarham Mohd Diya, 46, dipercayai lemas ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Allahyarham dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.11 pagi Khamis.
Topic Berkaitan
#anggota bomba lemas
#banjir kilat Melaka
#Mohd Diya Che Jusoh
#kebajikan keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan