KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Kampung Sungai Putat, Melaka semalam, meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, Mohd Diya Che Jusoh, 46 tahun, meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.
"Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, jenazah Mohd Diya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An- Nur Krubong, Melaka pada jam 10 pagi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, Mohd Diya dipercayai lemas ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
BACA: Banjir kilat Melaka: Seorang anggota bomba pengsan dihanyut arus deras
BACA: Banjir Melaka: PM ajak Keluarga Malaysia doa anggota bomba ditimpa kemalangan pulih
BACA: Banjir Melaka: Anggota bomba nyaris lemas masih kritikal
Mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Difahamkan, anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir sebelum orang anggota bomba yang lain bersama penduduk kampung cuba menyelamatkannya.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan salam takziah dan menzahirkan perasaan sedih atas kematian Mohd Diya.
"Berat hati saya apabila dimaklumkan Mohd Diya telah kembali ke rahmatullah di Hospital Besar Melaka jam lebih kurang 3.11 pagi.
"Jenazah kini masih berada di Hospital Besar Melaka. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat. Jasa, bakti dan pengorbanan yang tidak terbalas.
"Semoga Allah mengurniakan ganjaran sebaiknya dan mengangkat darjat Allahyarham bersama orang-orang soleh. Al-Fatihah," katanya.
Astro Awani
Wed Oct 20 2021
Pada Rabu, Mohd Diya dilaporkan nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat. - Foto JBPM Melaka
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
PM serah surat tawaran lanjut pengajian kepada anak sulung anggota bomba lemas
Penyerahan surat tawaran kemasukan ke Kolej Komuniti Bukit Beruang itu diserahkan Perdana Menteri kepada isteri Allahyarham.
Bomba lemas: Anak-anak Allahyarham akan terima bantuan pendidikan
Setiausaha Politik Perdana Menteri akan memastikan keluarga Allahyarham mendapat kebajikan yang mencukupi.
JBPM pertimbang kenaikan pangkat anggota lemas ketika bertugas
JBPM akan mempertimbangkan kenaikan pangkat Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh yang lemas ketika membantu mangsa banjir.
Jenazah anggota bomba lemas selamat dikebumi
Jenazah Mohd Diya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong dalam suasana penuh hiba.
Anggota bomba lemas ketika misi menyelamat meninggal dunia
Mohd Diya meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka jam 3.11 pagi ini.