awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah anggota bomba lemas selamat dikebumi

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
21/10/2021
04:35 MYT
Jenazah anggota bomba lemas selamat dikebumi
Proses pengebumian jenazah Mohd Diya selesai kira-kira jam 11.50 pagi, dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan setugas. - Foto Astro AWANI
MELAKA: Anggota bomba yang lemas selepas tidak sedarkan diri dan dibawa arus ketika membantu mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini semalam selamat dikebumikan.
Jenazah Mohd Diya Che Jusoh, 46 tahun, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong dalam suasana penuh hiba.
Proses pengebumian yang ringkas dalam suasana norma baharu itu selesai kira-kira jam 11.50 pagi, dengan dihadiri ahli keluarga termasuk isteri, Noraida Che Nor, serta rakan-rakan setugas.
Terdahulu, jenazah dimandi dan disembahyangkan di Masjid An-Nur, Krubong oleh kira-kira 100 jemaah termasuk Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam yang turut memberi penghormatan terakhir.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Pengarah Bahagian Operasi JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Melaka Abu Bakar Katain.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, Mohd Diya dipercayai lemas ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Jenazah Allahyarham Mohd Diya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong pagi ini. --fotoBERNAMA
Jenazah Allahyarham Mohd Diya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong pagi ini. --fotoBERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Diya Che Jusoh
#anggota bomba lemas
#selamat dikebumi
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan