awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba lemas: Bapa remaja jatuh lombong ucap takziah

Bernama
Bernama
04/10/2018
06:54 MYT
Bomba lemas: Bapa remaja jatuh lombong ucap takziah
Mohd Azzam berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu. -Bernama
Bapa remaja yang terjatuh dan dikhuatiri lemas di lombong di Taman Putra Perdana di sini, mengucapkan takziah kepada keluarga enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat anaknya.
Mohd Azzam Naim, 46, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"Saya tidak sangka pula operasi mencari anak saya, Mohd Ilham Fahmy bertukar menjadi tragedi begitu menyedihkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian awal pagi ini.
Menurut Mohd Azzam, kawasan lombong itu memang tidak berpagar dan menjadi tempat penduduk termasuk warga asing menangkap ikan.
"Malah dua bulan lepas, dua lelaki dilaporkan lemas di kawasan kejadian. Saya ada menasihatkan anak saya supaya tidak ke sini tambahan lagi cuaca sekarang kerap hujan. Namun tak sangka pula dia datang ke sini bersama dua lagi rakannya," katanya.
Menurut Mohd Azzam, anaknya meminta izin untuk keluar rumah kira-kira 4 petang semalam.
Katanya, beliau hanya mengetahui anaknya tergelincir ke dalam lombong selepas dimaklumkan oleh seorang lagi anak lelakinya pada kira-kira 5 petang.
"Harapan saya agar anak saya dijumpai secepat mungkin," katanya mengenai remaja berusia 17 tahun itu.
Keenam-enam yang terkorban dalam insiden 9.15 malam tadi itu terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adnan Othman
#bomba
#Izatul Akma Wan Ibrahim
#lemas
#Mazlan Omarbaki
#Mohd Azzam Naim
#mohd fatah hashim
#Mohd Ilham Fahmy
#Muhammad Hifdzul Malik Shaari
#Yahya Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan