Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berjaya mencipta bot pelbagai fungsi dipanggil treler penyelamat terapung (FRT) yang boleh diguna pakai atas jalan dan kawasan darat yang ditenggelami air untuk tugas menyelamat mangsa banjir.
Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata bot dalam peringkat pembangunan prototaip itu merupakan hasil inovasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, diterajui oleh ketua balai bomba berkenaan, Mohd Kamarudin Mohd Saufi.
Beliau berkata dengan terciptanya bot berkenaan ia berupaya mengatasi masalah melalui jalan terputus ketika banjir sewaktu melaksanakan operasi menyelamat mangsa.
Menurutnya, bot prototaip, yang mula dibangunkan pada Januari tahun lepas, telah diuji semasa operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Buloh di Mentakab baru-baru ini.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 234 mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor, dekat sini, pada Selasa.
Turut berangkat Tengku Puan, Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga berkenan memasak hidangan makan malam kepada kesemua mangsa banjir itu.
Abdul Wahab berkata antara kelebihan utama FRT itu adalah ia boleh bergerak atas darat sejauh 15km berbanding hanya satu kilometer bagi bot dua alam biasa.
Di samping itu, katanya, FRT itu mampu menampung keperluan logistik hingga mencecah berat 450kg pada satu-satu masa semasa di atas jalan darat serta dapat dikendalikan dengan dua anggota penyelamat sahaja.
Katanya, kos membangunkan FRT dianggarkan RM20,000 dan pihaknya merancang mempatenkan reka cipta itu bagi tujuan dikomersialkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berjaya mencipta bot pelbagai fungsi dipanggil treler penyelamat terapung (FRT). - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bomba Pahang cipta treler penyelamat terapung
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berjaya mencipta bot pelbagai fungsi dipanggil treler penyelamat terapung (FRT) yang boleh diguna pakai atas jalan dan kawasan darat yang ditenggelami air.