KUANTAN: Nilai harta berjaya diselamatkan dalam kebakaran di Pahang dianggarkan lebih RM228 juta sepanjang tahun lepas, berbanding kira-kira RM453 juta pada 2022.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, kerugian akibat kebakaran pula menunjukkan peningkatan iaitu lebih RM51.2 juta tahun lepas berbanding kira-kira RM35.8 juta sebelumnya.
Beliau berkata, sebanyak 1,756 panggilan kes kebakaran diterima dengan menyaksikan 185 kes kebakaran struktur direkodkan, diikuti 260 kes kebakaran kenderaan dan 720 kes bagi kebakaran terbuka.
"Punca kebakaran rumah dikenal pasti antaranya disebabkan pendawaian elektrik. Namun kebakaran rumah di Pahang agak berkurangan berbanding kenderaan yang terlibat dalam kebakaran," katanya selepas melancarkan Majlis Kempen Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024, di sini, pada Rabu.
Wan Mohammad Zaidi berkata, kes kematian akibat kebakaran rumah meningkat pada tahun lepas dengan lapan kes berbanding lima pada 2022.
Selain itu, beliau berkata, bomba turut menerima maklumat berkaitan 417 kes kemalangan jalan raya dengan jumlah kematian sebanyak 91 pada 2023 manakala 453 pada tahun sebelumnya dengan 108 kematian direkodkan.
Sebanyak 21 kes lemas telah diterima dengan jumlah kematian sebanyak 16 orang sepanjang tahun lepas, katanya.
Dalam tempoh sama, sebanyak 40 premis pusat tahfiz dan sekolah pondok telah diperiksa dengan tujuh daripada jumlah itu tidak disokong dan khidmat nasihat telah diberikan untuk menambah baik tahap keselamatan.
Sementara itu, beliau memaklumkan, pihaknya melaksanakan pemeriksaan hapus bahaya kebakaran di premis tumpuan ramai sebagai langkah pencegahan dengan 1,672 pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran telah dibuat sepanjang 2023. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Wan Mohammad Zaidi (tengah) menjawab soalan wartawan pada sidang media kempen Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina di pasaraya Lotus pada Rabu.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran di Sungai Buloh
Seorang anggota bomba cedera ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di kawasan perumahan Rancangan Rumah Murah Kuang, Sungai Buloh.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.