awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamatkan warga emas terlantar terperangkap banjir di Sri Muda

Bernama
Bernama
11/04/2025
04:40 MYT
Bomba selamatkan warga emas terlantar terperangkap banjir di Sri Muda
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada keluarga untuk dibawa ke tempat selamat. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM: Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang warga emas yang terlantar akibat strok daripada terperangkap di dalam kediamannya akibat banjir kilat di Taman Iswara Sri Muda, Seksyen 25 di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai keadaan wanita berusia 75 tahun itu pada kira-kira 8.50 pagi tadi.
"Setibanya di lokasi setelah membuat size up, benar terdapat banjir kilat yang melibatkan seorang warga emas terperangkap dan memerlukan bantuan pemindahan ... mangsa telah dikeluarkan dan diserahkan kepada keluarga untuk dibawa ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga menempatkan sebuah jentera bersama anggota di kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga susulan banjir kilat yang mengakibatkan kawasan berkenaan ditenggelami air sehingga paras lutut.
Terdahulu, Ahmad Mukhlis dilaporkan berkata beberapa daerah di Selangor dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan sejak awal pagi, dan antara daerah terlibat ialah Petaling dengan kedalaman air 0.61 meter di kebanyakan kawasan termasuk di Kampung Tengah, Puchong yang menyaksikan 20 rumah dinaiki air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#taman sri muda
#bomba
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan