Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor kini bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir besar berikutan fenomena air pasang di negeri ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata aset pasukan berkenaan terdiri daripada 45 bot dan 20 lori akan digunakan bagi memberi bantuan kepada penduduk di kawasan yang terjejas akibat fenomena berkenaan.
"Sebanyak 1,300 anggota daripada 32 balai bomba di negeri itu juga kini dalam siap siaga untuk turun padang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam semalam.
Beliau berkata pihaknya juga sedang memantau kawasan berhampiran pantai dan kawasan yang cenderung dinaiki air.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya mereka (Bomba Selangor) telah mengeluarkan amaran peningkatan paras air sehingga mencecah 9.4 meter di beberapa lokasi di Selangor seperti yang diviralkan dalam media sosial.
Mohd Sani berkata, pihaknya hanya mengeluarkan arahan kepada semua ketua balai supaya bersedia dan mengambil langkah keselamatan sekiranya berlaku lagi banjir air pasang besar dalam tempoh sehingga 21 Sept ini.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata pihaknya telah mewujudkan jawatankuasa bencana bagi membantu nelayan tempatan yang terjejas akibat kejadian air pasang besar semalam.
"Nelayan tempatan juga menyatakan bahawa ada antara rumah mereka terjejas akibat kejadian air pasang besar.
Berikutan itu, jawatankuasa bencana dipengerusikan oleh Ketua Pengarah LKIM M.Saedon Ab Majid ditubuhkan untuk mengenal pasti jumlah kerosakan yang terjejas. Bantuan bencana alam serta insurans akan diberikan setelah jawatankuasa ini meneliti jumlah terkini nelayan yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan.
Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata kira-kira 40 keluarga di sekitar kawasan parlimen diwakilinya turut mengalami kerosakan harta benda akibat rumah mereka dinaiki air.
"Justeru saya amat berharap kerajaan negeri dapat membaik pulih saliran parit yang tersumbat kerana dikhuatiri akan menyebabkan air terus bertakung sekiranya tidak diambil tindakan segera," katanya.
Sebanyak 13 kawasan di lima daerah di negeri ini dilanda banjir akibat limpahan air laut berikutan fenomena air pasang besar, awal pagi semalam.
Ini termasuk beberapa kawasan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Sabak Bernam yang turut ditenggelami air antara 0.3 meter hingga 0.9 meter termasuk di kawasan padang, asrama pelajar dan kuarters kakitangan.
Pengarah PSIS Norehan Md Shariff berkata, banjir itu berlaku berikutan fenomena air pasang besar luar biasa yang menyebabkan paras air laut lebih tinggi daripada ban (benteng) sehingga air laut melimpah masuk ke kawasan politeknik dan kawasan sekitar.
"Ini merupakan kejadian banjir terburuk berlaku di PSIS...sebelum ini, ada juga berlaku banjir tapi sedikit sahaja.
Situasi banjir yang berlaku sekitar pukul 5 pagi itu bagaimanapun beransur surut menjelang 8.30 pagi. Keadaan ini tidak menjejaskan sesi kuliah dan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa," katanya.
Bernama
Mon Sep 19 2016
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor kini bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir besar berikutan fenomena air pasang di negeri ini. - Foto Fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Banjir kali ini dijangka lebih buruk dari 2014
Banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014.
Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Sepanyol
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Okt di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.
95 maut dalam banjir dahsyat di Sepanyol
Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu lewat Rabu.
Jumlah kematian akibat banjir besar di Bosnia dan Herzegovina meningkat kepada 18 - Pihak berkuasa
Jumlah kematian akibat banjir besar di Kanton Herzegovina-Neretva dan Kanton Bosnia Tengah di barat daya Bosnia dan Herzegovina (BiH) telah meningkat kepada 18 orang.
Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.
ASEAN tingkatkan bantuan kemanusiaan di Laos dan Myanmar susulan Taufan Yagi
ASEAN menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai US$12,800 dalam bentuk kit perlindungan dan pembaikan bagi menyokong komuniti yang terjejas akibat Taufan Yagi dan banjir di Laos.
Banjir landa timur Myanmar selepas Sungai Mae Sai melimpah
Banjir teruk melanda bandar Tachileik di negeri Shan selepas air Sungai Mae Sai melepasi tanda bahaya dan melimpah ke bandar itu pada 10 September.
Taufan Debby landa Florida Big Bend, banjir besar dijangka
Taufan Debby tiba di pedalaman di wilayah Florida Big Bend dengan banjir besar dijangka berlaku di tenggara AS.
India siap sedia tangani banjir besar susulan gelombang haba
India sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kesan banjir yang dijangka berlaku selepas ketibaan musim monsun susulan gelombang haba teruk musim panas ini yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Korban banjir di Brazil meningkat kepada 169 orang
Hujan lebat dan banjir yang melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meragut 169 nyawa sejak ribut melanda negeri itu pada 29 April, menurut agensi Pertahanan Awam pada Ahad.