PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam persiapan menghadapi banjir, baik di peringkat pra, sewaktu dan pasca bencana itu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, setakat ini, seramai 29,103 anggota JBPM dari pelbagai peringkat telah bersedia termasuk lebih 2,000 aset darat, udara dan marin.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, kementeriannya dan JBPM akan memastikan operasi menyelamat kali ini lebih efektif dengan mengambil kira pengalaman yang dialami sewaktu banjir luar biasa yang melanda negara pada penghujung 2021.
“Secara ringkas, bomba berada pada tahap kesiap siagaan amat tinggi, malahan dari segi penjajaran tugasan, syif, penyediaan bekalan makanan untuk mereka, untuk keluarga mereka dan sebagainya.
“Kalau keluarga mereka terkesan dengan banjir (sebelum ini) ada ahli bomba yang rumah mereka pun dinaiki banjir. Kalau nak bertugas pun mereka mungkin psychologically affected (kesan psikologi), kalau (perkara itu) berlaku juga telah diambil kira dalam proses buat persiapan,” kata Reezal.
Reezal Merican berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada awal bulan ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama pelbagai kementerian dan agensi bagi menyelaras persiapan menghadapi banjir susulan fenomena Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku hujung tahun ini.
Ismail Sabri seperti dilaporkan media berkata, beliau tidak mahu peristiwa banjir pada hujung tahun lalu berulang sehinggakan sesetengah negeri tidak bersedia berbanding yang lain.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga berharap agar JBPM dapat menyediakan permohonan perolehan bagi memastikan aset yang lebih canggih dan berkesan dapat digunakan.
“Kena buat perolehan (terutamanya) untuk peralatan remote live buoy. Ia datang dengan harga sedikit tinggi, tetapi boleh dikawal secara remote dan boleh tampung beban sehingga 200kg, boleh selamatkan mangsa nak diselamatkan, jauh lebih awal.
“Life buoy ini telah digunakan di negara-negara lain. Dan saya minta dibekalkan, setiap negeri (sekurang-kurangnya ada dua). Sebab dari segi aset, boleh bawa dan tukar, dari kawasan tak banjir kepada kawasan banjir,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Sep 22 2022
Seramai 29,103 anggota JBPM dari pelbagai peringkat telah bersedia termasuk lebih 2,000 aset darat, udara dan marin. - Gambar fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.
DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu
Borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican pada pukul 9.13 pagi.
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican
Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi.
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai
Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.
Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.