Orang ramai di sini dan Subang Jaya pada Selasa digemparkan dengan aksi mengejar lembu oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata lembu berkenaan dipercayai terlepas daripada kawalan tuannya dan kemudian merayau masuk ke sebuah kilang di Seksyen 15 di sini.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 1.26 tengah hari tadi yang memberitahu ada seekor lembu telah merayau memasuki kilang berkenaan.
"Anggota kami mengambil masa kira-kira lima minit untuk sampai ke lokasi berkenaan dan ketika anggota kami cuba menangkap lembu itu, ia telah melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer sehingga ke stesen minyak berhampiran dengan sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya," katanya.
Menurut Alimaddia pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap haiwan berkenaan dan menyerahkan ia kepada pemiliknya pada kira-kira 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 21 2018
Orang ramai di sini dan Subang Jaya pada Selasa digemparkan dengan aksi mengejar lembu oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam. -Gambar hiasan
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Bomba tangkap lembu terlepas masuk kilang
Lembu berkenaan dipercayai terlepas daripada kawalan tuannya dan kemudian merayau masuk ke sebuah kilang di Seksyen 15 di sini.