awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan

Bernama
Bernama
26/06/2024
02:10 MYT
Bot karam Tanjung Segenting: Satu lagi mayat ditemukan
Mayat mangsa, Lee Pong Ling di bawa ke Jeti Jabatan Laut Muar. - Foto Maritim Malaysia
BATU PAHAT: Seorang daripada dua nelayan yang masih hilang susulan insiden bot terbalik akibat angin kencang di Tanjung Segenting di sini Jumaat lepas, ditemukan 2 petang semalam.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan mayat Lee Pong Ling, 68, ditemukan oleh kru feri MV Mulia Kencana 20 yang dalam perjalanan dari Bengkalis, Indonesia ke Muar, kira-kira 25 batu nautika dari lokasi kejadian.
"Jasad mangsa yang ditemui itu dibawa ke Jeti Jabatan Laut Muar dan diserah kepada pasukan polis yang kemudiannya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
Menurut APMM operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kelima semalam ditamatkan memandangkan tiada petunjuk baharu kedudukan seorang lagi mangsa, Raud Darus@Hamid, 53, namun pencarian diteruskan melalui rondaan rutin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#nelayan
#mayat
#APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan