awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot karam, tiga beradik hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2022
22:01 MYT
Bot karam, tiga beradik hilang
Operasi mencari dan menyelamat tiga beradik yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan Kampung Batu Payung, Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Tiga beradik dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam dalam kejadian di Kampung Batu Payung di sini pada petang Sabtu.
Saiful Muhaimin, 14, bersama dua adiknya Adam, 13 dan Saina, 12, sehingga kini masih belum ditemui, manakala enam mangsa yang lain berjaya diselamatkan.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejar ke lokasi kejadian.
"Bot itu karam ketika kesemua mangsa berpatah balik dari Batu 4 Kampung Rawa-Rawa menuju ke Kampung Batu Payung.
"Terdapat sembilan mangsa dalam kejadian ini di mana enam berjaya diselamatkan penduduk kampung, manakala tiga lagi hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya, usaha mencari mangsa dan menyelamat (SAR) segera dilakukan membabitkan lima anggota bersama 17 bot penduduk kampung di kawasan berkenaan.
"SAR turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#tiga beradik lemas
#bot karam
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan