GEORGE TOWN:Selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan ikonik feri sebagai alternatif laluan dari Seberang Perai untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya akan digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata, bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.
Manakala feri sedia pula, kata Teik Cheng, hanya akan membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal.
Sementara itu, semua kenderaan empat roda pula perlu menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk berulang alik dari tanah besar ke pulau atau sebaliknya memandangkan perkhidmatan feri untuk pengangkutan sedemikian akan dihentikan.
Menurut Teik Cheng, penambahbaikan itu akan dilaksanakan secara interim bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 sebelum perkhidmatan katamaran atau teksi air dan 'vehicle transporter' diperkenalkan selepas tarikh itu.
Beliau berkata, semasa tempoh interim itu, kedua-dua terminal Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim akan diubah suai dan dinaik taraf untuk keselesaan penumpang.
Berikutan kerja-kerja pengubahsuaian itu juga, katanya, waktu operasi feri juga akan berubah.
Bagaimanapun, pihaknya, kata Teik Cheng, memberi jaminan bahawa perkhidmatan feri tidak akan terganggu selain kadar tambang pengangkutan itu juga akan kekal sepanjang tempoh interim.
“Kita akan semak (waktu dan tambang) jadi semua (rakyat) jangan bimbang… rakyat beri sokongan (perkhidmatan) feri kita buat kali pertama buat perubahan untuk perkhidmatan feri di Penang (Pulau Pinang) kerana kerajaan pun menggalakkan orang ramai guna pengangkutan awam,” kata beliau dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, bagi mengekalkan nilai nilai sejarah serta elemen ikonik Pulau Pinang, Teik Cheng berkata, SPPP akan menempatkan dua buah feri sedia ada yang diubah suai sebagai restoran terapung dan muzium terapung di Tanjung City Marina.
“Kita faham (feri) ikonik, lambang Pulau Pinang (seiring) usia sejarah 120 tahun, jadi kita berhasrat mencadangkan dua buah feri sedia ada supaya buat restoran dan muzim terapung… mereka (pengunjung) boleh datang ke restoran atau mengimbau balik sejarah,” kata beliau
Dalam perkembangan sama, Teik Cheng berkata, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil alih operasi perkhidmatan Feri daripada Prasarana Malaysia Berhad.
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi pembelian empat buah bot katamaran yang baharu.
Pada 7 Disember lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong semasa pergulungan bajet kementerian berkata, perkhidmatan feri Pulau Pinang bagi kenderaan beroda empat akan dihentikan bermula 1 Januari 2021.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd, Sasedharan Vasudevan berkata, teksi air yang akan digunakan bermula Julai 2022 mampu membawa 200 penumpang dalam satu masa.
Tambah beliau, di bawah pengendalian PPSB, sebanyak tiga buah katamaran akan disediakan dengan kemampuan membawa sehingga 200 penumpang dengan kepantasan antara 10 hingga ke 15 minit dengan kekerapan 40 kali sehari.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Dec 15 2020
Contoh perkhidmatan katamaran atau teksi air yang akan diperkenalkan di Pulau Pinang selepas 30 Jun 2022.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri
Polis Pulau Pinang hari ini menafikan mengeluarkan amaran menghalang bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada menaiki perkhidmatan feri yang tidak lagi akan membawa kenderaan empat roda bermula esok.
Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.
Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.
Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju
Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.
Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa projek menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.
Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.
Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan harga tiket feri dilihat bakal menyusahkan rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan di negeri itu.
Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.