ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terpaksa mendapatkan bantuan bot nelayan bagi menyelamatkan 133 penumpang feri yang terkandas di muara Kuala Kedah, hari ini.
Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, ia berikutan keadaan muara yang cetek disebabkan air surut.
Katanya, bot Maritim Malaysia sukar merapati feri berkenaan kerana dikhuatiri tersangkut pada beting pasir dalam kejadian berhampira Terminal Feri Kuala Kedah pada jam 4.30 petang itu.
"Usaha untuk merapati feri sukar dan terpaksa menggunakan bantuan bot nelayan yang menggunakan enjin 'ekor biawak' untuk rapat ke feri sebelum semua penumpang dipindahkan ke bot bot PERKASA 1224 Maritim Malaysia yang telah diaturgerak dalam misi pemindahan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Noor Azreyanti, Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah telah menerima panggilan dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan feri Starcity Express 6 dalam perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi telah terkandas jam 4.30 petang di kedudukan 0.5 batu nautika muara Kuala Kedah.
“Sebaik tiba terdapat seramai 133 orang penumpang terdiri daripada lelaki dan wanita dewasa serta kanak-kanak.
“Operasi memindahkan semua penumpang ke Terminal Feri Kuala Kedah telah dikoordinasikan oleh Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi dan selesai pada jam 6.30 petang,” katanya.
Katanya, antara pasukan yang terlibat dalam operasi itu adalah JLM, polis, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Terdahulu Astro AWANI melaporkan sebuah feri membawa seramai 133 orang penumpang dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi terkandas di muara Kuala Kedah apabila kipas tersangkut pada tali sauh sebuah kapal korek pasir.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Oct 28 2022

Penumpang feri dipindahkan ke bot Maritim Malaysia. - Gambar/ Maritim Malaysia

Niaga AWANI: Keselamatan Makanan | Apa yang harus ada dalam Bajet 2023?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman.

Pantau Kerajaan Baharu: Dinamika Hubungan Malaysia - Singapura
Membincangkan mengenai lawatan pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini. Ikuti perbincangannya bersama Pakar Sejarah Asia Tenggara, Prof Dr Syed Khairuddin Al-Juned.

Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.

Isu 'sedekah' pengundi: Amanah gesa SPRM percepat siasatan
Kes berkenaan harus disiasat secara telus susulan rakaman video bersumpah penerima wang untuk mengundi Pas sudah berlegar lebih sebulan lalu.

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

JLM tubuh pasukan penyiasat kenal pasti punca kejadian feri terkandas
Pasukan itu akan turut memantau pemeriksaan yang dilakukan ke atas keselamatan feri itu sebelum ia dibenarkan beroperasi semula.

Bot Maritim Malaysia tak dapat hampiri feri terkandas kerana air cetek
Bot Maritim Malaysia sukar merapati feri berkenaan kerana dikhuatiri tersangkut pada beting pasir dalam kejadian berhampira Terminal Feri Kuala Kedah pada jam 4.30 petang itu.

Feri terkandas kerana elak tali sauh - Laporan siasatan
Ketika kejadian, paras air laut di alur pelayaran Kuala Kedah menunjukan paras selamat untuk pelayaran iaitu 1.7 meter.

Feri terkandas berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah
Feri membawa 547 orang penumpang dan kru yang terkandas di muara Kuala Kedah akibat air laut surut, berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah.

Feri terkandas: APMM selamatkan 119 di Pulau Molleangin
Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Jeti Feri Kudat dan operasi berkenaan berjaya dilaksanakan tanpa melibatkan sebarang kecederaan.

Feri bawa 312 penumpang dari Langkawi terkandas hampir 2 jam
Sebuah feri penumpang yang membawa 312 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dilaporkan terkandas ketika menghampiri jeti Kuala Perlis.

Feri bawa 33 penumpang Malaysia terkandas dekat Pulau Tekong
Feri Sri Kandi 99 terkandas berhampiran sebuah batu pada jam 11.42 malam.

Jabatan Laut siasat kejadian feri terkandas
Jabatan Laut Malaysia (JLM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian sebuah feri penumpang milik syarikat Ferry Line Venture yang terkandas di beting pasir di muara Kuala Perlis di sini

Feri terkandas: Ferry Line mohon maaf, tanggung kos penumpang
346 penumpang Ferry Line digantikan semula tiket, diberi penginapan dan dihantar ke destinasi masing-masing.