awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi kejadian feri Langkawi terkandas di Kuala Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/10/2022
12:13 MYT
Lagi kejadian feri Langkawi terkandas di Kuala Kedah
Feri membawa 133 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas apabila kipasnya tersangkut pada tali sauh kapal berhampiran terminal itu sekitar jam 4 petang. - Gambar/ Ferry Line Ventures
ALOR SETAR: Kejadian feri penumpang terkandas di perairan berhampiran Terminal Feri Kuala Kedah di sini, berlaku sekali lagi, hari ini.
Kali ini feri membawa 133 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas apabila kipasnya tersangkut pada tali sauh kapal berhampiran terminal itu sekitar jam 4 petang.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada bahagian operasi memaklumkan feri yang baru keluar dari jeti itu terkandas.
Beliau berkata, pihaknya segera menggerakkan operasi memindahkan kesemua penumpang ke feri ganti dengan bantuan bot nelayan serta pasukan penyelamat dan proses itu selesai jam 6.30 petang.
"Pihak syarikat memohon maaf kepada semua penumpang kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke Langkawi hari ini disebabkan air laut semakin surut.
"Petang tadi, air laut berada pada paras ketinggian 2.1 meter dan air pasang semula pada jam 12 tengah malam ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Feri Terkandas | Penumpang panik suhu dalam feri panas
BACA: Air laut surut, feri bawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas
BACA: Feri Langkawi tersangkut: Maritim Kuala Kedah bantu pindah penumpang, wanita sesak nafas
Menurut Baharin, semua penumpang feri akan ditempatkan di hotel sekitar Alor Setar dan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.
Katanya, semua penumpang dijangka akan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada jam 2 petang esok.
Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan, feri yang membawa 547 penumpang dan kru dari Langkawi ke Kuala Kedah terkadas di muara Kuala Kedah akibat kapten feri cuba mengelak tali sauh sebuah kapal yang ketika itu memasuki laluan feri.
Topic Berkaitan
#feri langkawi
#terkandas
#tali sauh kapal
#Kuala Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan