awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot tempur TLDM belum ditemui, OP SAR diteruskan - Panglima TLDM

Bernama
Bernama
06/10/2014
02:26 MYT
Bot tempur TLDM belum ditemui, OP SAR diteruskan - Panglima TLDM
Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui - Gambar Fail
Lima aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiga aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot tempur TLDM yang hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah.
Empat kapal TLDM itu ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx,
Aset APMM melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.
Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi hari ini berkata kesemua aset berkenaan terlibat dalam operasi SAR di perairan Laut China Selatan sejak 10.30 pagi ini.
"Kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor iaitu A, B, C dan D yang melibatkan radius pencarian sejauh 10 hingga 30 batu nautika," katanya di sini hari ini.
Katanya, KD Lekiu terlibat dalam pencarian di sektor A dan D, KD Serang di sektor B dan KM Mabul di sektor C.
CB204: Pesawat APMM AW139 menyertai Op SAR jam 0930. Pesawat Super Lynx TLDM pula menyertai Op jam 10.30 sebentar tadi.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
CB204: Kawasan Pencarian dibahagi kepada 4 Sektor: A, B, C dan D. 6 kapal dan 1 pesawat TUDM terlibat dlm OP SAR. pic.twitter.com/rTCYUddR8e
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
"Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui. KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang, ,KM Berani dan KM Mabul meneruskan pencarian, B200T ditugaskan.
CB204: APMM menyediakan pesawat AW139 di KKIA untuk Op SAR. Namun pesawat tidak dapat menyertai Op kerana cuaca, dan juga low rain clouds.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
"Keadaan laut bergelora (tahap 5) serta hujan awan rendah menyukarkan pencarian oleh kapalx (super Lynx TLDM) dan pesawat Beechcraft dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Abdul Aziz di laman Twitternya itu.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.
Topic Berkaitan
#operasi
#SARS
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan