awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbalik: Ibu mangsa meraung selepas proses pengecaman mayat

Bernama
Bernama
08/06/2025
09:55 MYT
Bot terbalik: Ibu mangsa meraung selepas proses pengecaman mayat
Beberapa ahli keluarga mangsa bot terbalik di perairan Tanjung Harapan tidak dapat menahan kesedihan selepas membuat pengecaman mayat pasangan suami isteri Gan Hon Tat dan Careen Man. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Ibu kepada Gan Hon Tat, mangsa bot terbalik di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang pada Jumaat lepas, meraung kesedihan selepas membuat pengecaman mayat anak lelakinya di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, hari ini.

Ringkasan AI
  • Pengecaman mayat mangsa oleh keluarga: Ibu kepada Gan Hon Tat, Chan Pei Pei, meraung kesedihan selepas membuat pengecaman mayat anaknya di Unit Forensik, Hospital Shah Alam.
  • Penemuan mayat pasangan suami isteri: Mayat Gan Hon Tat, 32, dan isterinya, Careen Man, 29, ditemukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pagi Ahad, selepas insiden bot terbalik pada petang Jumaat.
  • Kejadian melibatkan enam mangsa: Tragedi ini mengorbankan tiga individu termasuk seorang kanak-kanak pada hari kejadian, sementara seorang remaja lelaki terselamat.

Tinjauan mendapati Chan Pei Pei, 60, kelihatan tenang semasa menunggu di pekarangan Unit Forensik itu bersama suaminya, sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik bedah siasat sekitar 12 tengah hari tadi.
Turut dilihat memasuki bilik bedah siasat ialah seorang lelaki dipercayai abang kepada isteri Gan, Careen Man bagi membuat pengecaman terhadap mayat adiknya yang turut maut dalam kejadian itu.
Selepas 15 minit, Chan dilihat keluar sambil menangis teresak-esak sehingga perlu ditenangkan oleh ahli keluarga yang berkumpul di situ sejak pagi, selepas pihak berkuasa menemukan mayat pasangan suami isteri itu hari ini.
Ahli keluarga mangsa sekadar memaklumkan proses bedah siasat pasangan dari Klang Utama itu dijangka selesai pada 4 petang ini.
Terdahulu, mayat Gan, 32, dan Man, 29, ditemukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 7.45 pagi di kedudukan 0.1 batu nautika dari Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
Mereka antara enam mangsa kejadian bot terbalik pada sekitar 5 petang Jumaat, dengan tiga termasuk seorang kanak-kanak ditemukan maut pada hari kejadian, manakala seorang remaja lelaki selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#ibu mangsa meraung
#pengecaman mayat anak
#Pelabuhan Klang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami