awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BR1M langkah tepat bantu rakyat, kata Salleh

Bernama
Bernama
15/01/2017
15:38 MYT
BR1M langkah tepat bantu rakyat, kata Salleh
DR SALLEH: Pemberian BR1M merupakan langkah tepat kerajaan bagi meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah. - Gambar fail
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan langkah tepat kerajaan bagi meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Katanya, bantuan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 itu telah terbukti memberi manfaat dalam meringankan kenaikan kos sara hidup serta dapat merangsang ekonomi tempatan.
Menurutnya, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menuduh pelaksanaan BR1M adalah sebagai rasuah kerajaan untuk menang pilihan raya umum.
Bagaimanapun, katanya, Dr Mahathir, selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), semalam, telah mengubah pendirian dengan mengatakan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M jika menang pilihan raya umum akan datang.
"Dari dulu lagi kita telah katakan BR1M ini satu kaedah terbaik untuk membantu rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Krismas paroki Penampang, di sini hari ini.
Salleh berkata perubahan pendirian Dr Mahathir itu jelas menunjukkan pembangkang hanya tahu mengkritik dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Bagaimanapun, mereka (pembangkang) tidak melihat apa yang telah kerajaan BN lakukan ini adalah demi kepentingan rakyat keseluruhan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, BN akan sentiasa mencari usaha untuk membantu semua agama di negara ini, termasuk pembinaan rumah ibadat.
Setelah diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas, kerajaan tidak lagi berpolitik dan perlu menunaikan janjinya kepada semua lapisan masyarakat, katanya.
"Kerajaan tidak boleh taksub kepada politik sehingga lupa kepada tanggungjawab kepada rakyat yang telah memberi mandat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BR1M
#Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan