Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Julai 2026.

  1. Tingkatan enam kekal di bawah KPM buat sementara waktu - PM

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurusan pelajar tingkatan enam (pra-universiti) kekal di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) buat sementara waktu.

  2. Enam beradik didakwa edar 118.87 gram heroin

    Enam beradik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 118.87 gram, minggu lepas.

  3. 15 pegawai, anggota polis ditahan terlibat kes pemerasan terhadap 'scammer'

    Sebanyak 15 pegawai dan anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes pemerasan membabitkan pemindahan sejumlah wang terhadap sekumpulan individu warga asing, yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan dalam talian.

  4. 100,000 belia bakal terima akses percuma perisian AI bermula 31 Ogos - PM Anwar

    Kemudahan itu bagaimanapun diberikan kepada peserta yang melengkapkan modul latihan khas berkaitan AI dalam tempoh ditetapkan.

  5. Malaysia wajar pertimbangkan semula keberadaan UNHCR jika tiada kerjasama saringan - Mohamad Hasan

    Kewujudan pejabat UNHCR ketika ini dilihat seolah-olah menjadi “magnet”, yang menarik kemasukan lebih ramai pelarian, khususnya etnik Rohingya ke Malaysia.

  6. PRN Negeri Sembilan: Undi awal selesai, 38 pusat mengundi ditutup

    Pusat mengundi yang mula dibuka seawal 8 pagi tadi ditutup secara berperingkat mengikut kawasan serta jumlah pemilih berdaftar ditetapkan SPR.

  7. KDN perkukuh kawalan sempadan, dokumen perjalanan Israel tidak diiktiraf

    Malaysia tegas dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf  dokumen perjalanan dikeluarkan Israel bagi tujuan kemasukan ke negara ini, selaras dengan dasar Kerajaan MADANI yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

  8. PRN Negeri Sembilan: BN kekal label ‘underdog’, elak jentera terlalu yakin - Ahmad Zahid

    Barisan Nasional (BN) akan terus berkempen dengan mentaliti sebagai ‘underdog’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bagi memastikan seluruh jentera kekal merendah diri dan tidak terlalu yakin sehingga menjejaskan imej parti.

  9. 3,000 pemohon masih dalam senarai menunggu PPR DBKL

    Kira-kira 3,000 pemohon masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan unit Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.

  10. Beri keutamaan kepada rakyat Malaysia isi peluang pekerjaan - Ramanan

    Rakyat Malaysia perlu diberi keutamaan untuk mengisi peluang pekerjaan yang tersedia di negara ini sebelum dibuka kepada pekerja asing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Must Watch Video

Advertisement