awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brenda Anellia raih emas Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023

Bernama
Bernama
30/04/2023
01:30 MYT
Brenda Anellia raih emas Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023
Hanya Brenda yang menerima pingat apabila acara terbabit kurang daripada tiga peserta menyertainya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Atlet para renang negara, Brenda Anellia Larry meraih pingat emas menerusi acara 150 meter (m) rampaian individu wanita pada hari pertama Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023 di Pusat Akuatik OCBC, semalam.
Menurut laman web kejohanan https://www.titanium-sportservice.de/, atlet berusia 18 tahun yang beraksi dalam kategori SM 1-4 (kecatatan fizikal) itu mencatatkan masa 4 minit 13.63 saat (s) sekali gus mengenepikan cabaran atlet Brazil, Susana Schnarndorf yang merekodkan 5:19.35s.
Pertandingan tersebut hanya disertai Brenda dan Susana.
Mengikut format pertandingan, hanya Brenda yang menerima pingat apabila acara terbabit kurang daripada tiga peserta menyertainya.
Kejohanan Siri Dunia Renang Para 2023 di Singapura berlangsung hingga esok (1 Mei).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brenda Anellia
#Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023
#Pusat Akuatik OCBC
#Atlet para renang negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan