LONDON: Rakyat Britain diberi amaran supaya berwaspada dengan 'hujan darah' ketika satu lagi ribut diramalkan melanda negara itu bermula Isnin.
Ramalan itu dibuat Nick Finnis di Netweather selepas Ribut Pierrick yang membawa kepulan awan tebal dan angin kencang berkelajuan sehingga 128 kilometer sejam ke utara Perancis pada minggu ini.
"Pierrick boleh menyebabkan taburan habuk atau zarah berwarna merah pada harta benda penduduk. Fenomena itu juga boleh menyebabkan hujan dalam warna kecoklatan yang biasanya dibawa dari Sahara.
"Kami seperti 'dihukum Tuhan cuaca' kerana muncul lagi ancaman ribut baharu selepas Kathleen," ujarnya sambil menambah penduduk perlu bersiap sedia menghadapi cuaca buruk untuk tempoh beberapa hari akan datang.
Pejabat Met juga memberitahu orang ramai supaya tidak terkejut apabila melihat 'hujan darah' berikutan sistem tekanan rendah boleh menyebabkan keadaan bercampur aduk.
"Jika anda melihat tingkap rumah anda kotor selepas hujan, sudah semestinya ia disebabkan mendapan habuk Sahara," kata peramal cuaca, Marco Petagna.
Difahamkan, Kathleen yang melanda selama beberapa hari dijangka 'bergerak keluar' dari negara itu dan akan 'diambil alih' oleh Pierrick. - Agensi
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 09 2024
Hujan lebat dijangka melanda Britain pada minggu ini. - Foto Agensi
PM Albania didakwa bersekongkol dalam 'empayar jenayah'
Parlimen Albania pada Khamis bertukar menjadi medan pertempuran, apabila ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan yang juga penyokong kuat pembangkang, berhimpun di perkarangan bangunan itu. Keadaan menjadi agresif apabila himpunan yang menolak kepimpinan Perdana Menteri, Edi Rama itu bersemuka dengan polis yang cuba mengawal keadaan di lokasi.
Seorang maut, puluhan cedera kemalangan trem di Rusia
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan trem tersebut dilihat bergerak laju di sepanjang laluan trem di Kemerovo dengan dua penumpang terkeluar daripada trem.
'Bekal senjata kepada Ukraine? Tunggu padahnya...'
Negara yang bersekongkol membekalkan senjata buat Ukraine khususnya negara-negara barat dalam berdepan perang ketika ini pasti akan menerima padahnya.
Begitu kenyataan yang berbaur ancaman dibuat oleh Jurucakap pusat pentadbiran Kremlin di Rusia, Dmitry Peskov pada Khamis.
Begitu kenyataan yang berbaur ancaman dibuat oleh Jurucakap pusat pentadbiran Kremlin di Rusia, Dmitry Peskov pada Khamis.
Sepanyol sertai Afrika Selatan, Ireland heret Israel ke ICJ
Sepanyol tampil tegas dengan menyertai gema suara Afrika Selatan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dalam mengheret Israel ke muka pengadilan. Negara yang bersama menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU) itu tidak gentar sama sekali dengan pendirian berbeza dari negara-negara lain dibawah blok barat itu, malah sebelum ini dengan beraninya mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara rasmi.
Pemandu teksi 'korbankan' kereta demi hidupkan semula minat membaca
Semuanya bermula dua tahun lepas dan dia menggerakkan “Teksi Buku” kerana mahu semua orang dapat membaca, tak kira di mana, dan tidak kira miskin atau kaya.
Hubungan anak angkat, keluarga asal beza agama tetap utuh
Perkongsian kisah Halimah Enn, jemaah haji dari Sarawak yang selama 60 tahun dilimpahi kasih sayang tidak berbelah bagi daripada keluarga asal dan keluarga angkat, yang menjadikannya sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t
'Data untuk rakyat', 'Cyber Security untuk rakyat' lengkapkan pengetahuan
Menteri Digital Gobind Singh Deo memaklumkan, Program ‘Data untuk Rakyat’ dan ‘Cyber Security untuk Rakyat’ bakal diperkenalkan bagi melengkapkan rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan kefahaman mendalam berkaitan teknologi digital
Kadar kebolehpasaran graduan KPKM 72.3 peratus pada 2022
Kadar kebolehpasaran graduan pusat bertauliah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada tahun 2022 adalah sebanyak 72.3 peratus berbanding 66.3 peratus pada tahun 2021.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Jun 2024.
Britain diancam 'hujan darah'
Rakyat Britain diberi amaran supaya berwaspada dengan 'hujan darah' ketika satu lagi ribut diramalkan melanda negara itu bermula Isnin.
Mahkamah ketepi hukuman penjara sebulan ke atas bekas penimbang tara
Atas kesalahahan menipu pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA), sembilan tahun lepas.