awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka

Bernama
Bernama
08/04/2023
22:47 MYT
Bryan sahkan slot ke Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka
Pencapaian Bryan merupakan berita gembira buat negara kerana ia membuktikan skuad kebangsaan mampu menampilkan prestasi terbaik pada Kejohanan Akuatik Dunia tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perenang muda meningkat naik Bryan Leong mencipta kejutan apabila mengesahkan slot ke Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 30 Julai.
Ia selepas perenang berusia 20 tahun itu melepasi syarat kelayakan kategori B yang ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) pada Kejohanan Renang British 2023 dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di England pada Jumaat.
Kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Ponds Forge itu menyaksikan Bryan merakam masa 53.48 saat (s) sekali gus menduduki tangga ke sembilan acara terbabit.
Setiausaha Agung Renang Malaysia (MS) Mae Chen ketika dihubungi Bernama berkata pencapaian diperoleh perenang muda itu merupakan berita gembira buat negara kerana ia membuktikan skuad kebangsaan mampu menampilkan prestasi terbaik tahun ini.
"Kami sangat gembira kerana ada lagi atlet yang mampu melayakkan diri ke kejohanan dunia, kita ada lebih kurang dua bulan lagi berbaki sebelum berlangsungnya kejohanan itu. Kami harap ramai lagi atlet yang dapat layakkan diri ke kejohanan dunia ini," katanya.
Chen berkata, selain Bryan, atlet lain yang bakal menggalas cabaran negara ke Fukuoka setakat ini adalah Steve Khiew Hoe Yean, Andrew Goh Zheng Yen dan Phee Jinq En.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bryan Leong
#Kejohanan Renang Dunia 2023 Fukuoka
#FINA
#perenang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan