MALAYSIA
BTN beri sokongan kepada komuniti indie - Koordinator Indie Pop Fest
Biro Tatanegara (BTN) sentiasa memberi sokongan kepada komuniti indie kerana menyedari golongan tersebut juga memberi sumbangan kepada negara.
Koordinator Indie Pop Fest, Zainal Rashid Ahmad menjelaskan BTN mendekati komuniti indie kerana melihat kelompok ini memainkan peranan tersendiri terutama bagi golongan muda di bandar.
Katanya, sejak 2012, BTN telah mula memberikan sokongan dalam bentuk kewangan untuk menjayakan beberapa acara seperti Pop Fest.
"Ia bermula selepas satu sesi meja bulat antara beberapa komuniti indie dengan pihak dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan BTN.
"Selepas pertemuan itu bermula sokongan dari BTN menerusi beberapa acara termasuk Pop Fest dan juga ada filem pendek dihasilkan," katanya dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.
Lapor portal berkenaan, dokumen yang disediakan oleh bahagian penyelidikan dan penerbitan BTN itu antara lainnya mendakwa, bahan penerbitan berkenaan bersifat 'lucah' dan 'bebas'.
Mengulas dakwaan tersebut, Zainal Rashid berkata, beliau dimaklumkan bahawa slaid berkenaan hanyalah perbincangan dalaman bukan pendirian BTN terhadap komuniti indie.
Malah beliau menjelaskan, kepimpinan BTN juga telah menegaskan bahawa BTN akan terus memberi sokongan kepada komuniti indie kerana sumbangan meraka terhadap negara.
"Pihak BTN telah menegaskan bahawa mereka akan terus memberi sokongan kepada komuniti indie dan apa yang berlaku merupakan salah faham," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami