KUALA LUMPUR: Seramai 14 individu termasuk tiga penerbit dan tiga pencetak telah pun selesai memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang ke dalam longkang berhampiran tasik lombong di Jinjang, di sini, bulan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Kami masih belum dapat punca sebenar al-Quran ini dari mana dan polis masih berusaha mengesan serta mengenal pasti pihak yang terlibat dengan pembuangan al-Quran secara tidak berhemah itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan pembuangan al-Quran di dalam longkang selepas hadir pada program High Profile Policing sempena Peringatan Hari Polis yang ke-216 di KLCC, di sini hari ini.
Sebelum ini, satu video tular di laman sosial yang memaparkan seorang individu mengutip beberapa naskhah al-Quran, dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni di Gombak sehingga menimbulkan perasaan marah dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan al-Quran dengan tujuan mengaibkan agama dan Seksyen 298 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian atas agama.
Sementara itu, beliau sekali lagi turut menegaskan amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani Jumaat lepas, bahawa polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang membangkitkan isu perkauman.
"Polis tidak akan membiarkan ibu kota warga Kuala Lumpur dan Putrajaya diganggu-gugat keselamatan serta ketenteramannya susulan sentimen perkauman.
"Saya tidak kompromi dengan isu ini (sentimen perkauman) maka saya harap masyarakat dapat menyokong dengan apa yang polis sasarkan iaitu menjaga ketenteraman keharmonian ibu kota ini," katanya.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu meniupkan sentimen kaum dan agama, dan telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk berwaspada bagi menjaga keamanan negara agar ia tidak digunakan untuk menimbulkan kekacauan.
Susulan itu, Acryl Sani memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara terkawal serta menzahirkan komitmen dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berterusan, demi memastikan keselamatan kekal terjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023
Polis masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Biadab, pijak al-Quran bersumpah tidak curang
Dia bertindak sedemikian hanya kerana mahu membuktikan tidak berselingkuh dengan seorang doktor kecantikan.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Tentera zionis Israel pada Sabtu dilihat terus mara ke utara Gaza dengan menggunakan kereta kebal dan kenderaan berperisai. Kali ini, lokasi operasi rejim itu tertumpu ke Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Polis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan anti-kerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Elak masalah, guna talian kecemasan di gelang haji
Dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu, Lembaga Tabung Haji, TH menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di mekah.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan TH yang terletak di ibu pejabat di Abraj Janadriah dan bangunan hotel land premium selain kaunter pusat perkhidmatan di semua sembilan maktab penginapan.
Penganggur tak mengaku buang helaian al-Quran
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan melempar helaian dan cebisan al-Quran di tepi jalan pada minggu lalu.
Buang al-Quran dalam longkang: Polis selesai ambil keterangan 14 individu
Polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan pihak yang melakukan perbuatan itu.
Polis ambil keterangan lapan individu kes penemuan al-Quran dalam longkang
Polis selesai mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang.
Longgokan hiasan ayat al-Quran ditemui tepi jalan
Pihak tidak bertanggungjawab dikesan membuang hiasan ayat-ayat al-Quran di Jalan P/AM 2, Kawasan Perindustrian Arab Malaysia di Nilai pada Selasa.