MALAYSIA
Buang persepsi jadi pemimpin wajib terlibat rasuah, kumpul kekayaan - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persepsi itu seolah-olah menjadi sistemik, sehinggakan pemimpin yang tidak korup dianggap tidak bijak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persepsi bahawa individu yang diberi kuasa atau kelebihan untuk memimpin perlu bersifat korup dan hanya menumpukan kepada pengumpulan kekayaan perlu dihapuskan segera.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa persepsi pemimpin mesti korup dan mengumpul kekayaan perlu dihapuskan, serta menyelar sikap elit berpendidikan yang tidak konsisten dalam isu rasuah.
- Beliau mengkritik tindakan segelintir pihak yang hanya menumpukan isu rasuah kepada seorang pemimpin, sedangkan penyelewengan besar oleh pemimpin lain tidak dipersoalkan.
- Anwar turut mempertahankan kebebasan kehakiman dan menolak campur tangan eksekutif dalam keputusan mahkamah, sambil menegaskan pentingnya pengasingan kuasa dalam sistem demokrasi.
“Saya juga melihat ketidakseragaman (inconsistencies) apabila menyentuh soal antirasuah, yang mereka ini hanya tujukan kepada seorang pemimpin sahaja, tetapi bukan yang terdahulu yang menyeleweng sehingga berbilion ringgit.
“Hipokrit untuk bercakap tentang korupsi, dan hanya tujukan kepada seorang sahaja bekas Perdana Menteri sebagai contoh... tetapi mengabaikan fakta bahawa berbilion lagi telah diseleweng. Dan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan, tidak ada sepatah kata pun keluar. Apa dah jadi dengan sistem kita?” soalnya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap menutup ASEAN Symposium 2025 bertemakan ‘Anchoring ASEAN’s Future in Shared Wisdom: Empowering Communities for an Inclusive and Sustainable Civilisation’ di ibu negara, pada Khamis.
Dalam pada itu Anwar berkata, beliau juga hairan dengan sikap sesetengah pihak yang seolah-olah mahu Perdana Menteri mencampuri urusan kehakiman.
“Contohnya seorang pemimpin diberikan ‘dilepas tanpa dibebaskan (DNAA)’, Perdana Menteri kena marah oleh satu kumpulan. Minggu depan seorang lagi dapat DNAA, Perdana Menteri juga kena marah.
“Tetapi kumpulan ini bercakap tentang kebebasan kehakiman, jadi ada percanggahan di situ. Apa yang anda mahukan? Anda mahu saya menjadi diktator dengan mengarahkan hakim membuat penghakiman berdasarkan pandangan peribadi anda?
“Memang ada sesetengan keputusan saya tidak bersetuju. Tetapi itulah kebebasan kehakiman. Eksekutif ada kuasanya, tetapi ia juga ada batasan tertentu berdasarkan pengasingan kuasa,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami