awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina

Faida Rahim
Faida Rahim
19/12/2024
03:00 MYT
'Buat keputusan sukar tidak tangguh ujian bertutur SPM' - Fadhlina
Fadhlina berkata, beliau tidak bersendirian dalam membuat keputusan tersebut apabila KPM mengadakan sesi rundingan. - Foto Facebook/Kementerian Pendidikan Malaysia
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akui membuat keputusan amat sukar ketika memutuskan untuk meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir pada 1 Disember lalu.
Beliau yang berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis memberitahu, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berwajib.
"Hujan tidak turun selama-lamanya. Kita membuat keputusan yang sangat sukar untuk tidak menangguhkan peperiksaan SPM setelah mengadakan pelbagai sesi libat urus.
"Saya nak tekankan kepada tuan-tuan dan puan-puan, keputusan ini adalah hasil tingkat mesyuarat dan musyawarah yang dilaksanakan dengan mengambil kira semua keadaan.
"Suasana dan masalah yang ada. Apa panduan ketika itu? Pertamanya ayat yang mengangkat tema musyawarah. Dan bermesyuarahlah kamu dalam semua urusan. Apa pula panduan kita selepas itu?
"Panduan kita selepas itu pastilah, tidak boleh ada kemudaratan. Dan lihat pula apakah lagi panduan-panduan yang lain. Ketika itu hadirlah apa yang disebut, apa-apa pertimbangannya, mana mudarat yang paling ringan. Dan selepas itu kita membuat keputusan dan menghadirkan ia dengan kesungguhan," katanya.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau tidak bersendirian dalam membuat keputusan tersebut apabila KPM mengadakan sesi rundingan berulang kali termasuk perbincangan dengan Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi termasuk Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.
Tambah Fadhlina, keputusan untuk meneruskan ujian bertutur Bahasa Melayu SPM 2024 bukan kerana tidak simpati dengan nasib pelajar di negeri terjejas banjir.
"Saya juga bersama exco pendidikan Kelantan di sepanjang hari, Datuk Zambri ada bersama. Ada dia suruh saya tangguh? Tidak ada. Ada dia minta kita pertimbangkan? Tidak ada. Apa jawapan beliau. Ambo ikut belako.
"Sokong belako keputusan KPM. Ambo bincang lah dengan Datuk Zambri. Jadi apakah kita tidak ada simpat terhadap anak anak kita, jauh sekali. Sebab simpati dan kasih sayang sangat tinggi, kita buat keputusan tersebut," katanya.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#banjir
#Ujian bertutur SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan