Fenomena air pasang yang mengakibatkan banjir besar di Sarawak ketika ini bukan hanya mengundang kerosakan harta benda, malah turut mengundang bahaya lain seperti serangan binatang liar seperti buaya.
Reptilia ganas di Sungai Sarawak itu bertemu mangsanya, Shakawi Suhaili, 55, penduduk Kampung Tupong Ulu semalam.
Menceritakan detik berkenaan, Shakawi berkata, ketika kejadian pada jam 10.30 malam itu, beliau sedang mengalihkan kayu yang terdapat dibawah rumah sebelum reptilia tersebut tiba-tiba muncul dan menyerangnya.
"Saya kena dalam jam 10.30 malam ... lepas alih kayu ... kemudian ia (buaya) terus menyerang saya..terus terkam dekat sini (paha). Saya tak terdaya lagi dan terus panggil anak dan terusnaik ke atas rumah," katanya ketika ditemui media di rumahnya di sini selepas mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Shakawi berkata dirinya bernasib baik apabila buaya berkenaan hanya mengigit pahanya.
"Saya berlawan dengan buaya itu ... agak besar juga. Kepala buaya itu sahaja lebih kurang 2 kaki (setengah meter). Panjang dari sini sampai sana.
"Nasib baik saya berlindung dekat tiang. Kalau tiada tiang,mesti saya sudah kena libas," katanya.
Shakawi berkata, beliau tidak menjangka yang disekitar tempatnya berdiri berbahaya kerana ada buaya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi peringatan kepada orang ramai terutama mangsa banjir agar sentiasa berhati-dalam dalam mendepani bencana itu.
Pengarah JBPM Sarawak, Nor Hisham Mohamad berkata hasil tinjauannya di beberapa kawasan banjir, beliau mendapati kanak-kanak mangsa banjir dilihat bermandi manda tanpa memikirkan keselamatan masing-masing.
"Itu yang kita nasihat, amat megejutkan kejadian di Tupong. Sebagaimana tuan puan sedia maklum buaya itu masih lepas. Jadi berhati hati di dalam situasi ini.
"Ibu bapa terutamanya perlu beri perhatian khusus kepada anak-anak mereka supaya perkara tidak diingini berlaku," katanya.
Harits Asyraf Hasnan, Noraida Abdul Kassim
Wed Feb 10 2016
Shakawi bernasib baik apabila buaya berkenaan hanya mengigit pahanya setelah dia sempat melawan buaya berkenaan. - Foto Astro AWANI
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.
Mangsa banjir di Johor dan Pahang berkurang, Sabah kekal malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang semakin baik apabila jumlah mangsa yang direkodkan menurun, manakala situasi di Sabah kekal menjadikan jumlah mangsa malam ini sebanyak 459 orang.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor naik meningkat, Pontian daerah terbaharu terjejas
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 3,322 orang di 45 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Pahang dan Kelantan kekal - Nadma
Banjir di tiga negeri kian pulih dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 85 orang di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 114 orang di lima PPS petang tadi.
Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 10,000 setakat malam ini - Nadma
Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor turun, Pahang meningkat - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor terus mencatatkan trend penurunan manakala Pahang meningkat.
Banjir di Sabah pulih, mangsa di Paitan dibenarkan pulang
Bencana banjir di Sabah telah pulih dan kumpulan terakhir enam mangsa daripada tiga keluarga di daerah Paitan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang tadi.
JBPM sedia gerakkan 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa hadapi MTL
JBPM bersedia menggerakkan kira-kira 600 PBBS bagi menyertai 24,000 pegawai dan anggota jabatan berkenaan dalam operasi ketika musim MTL.
Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir
Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota ATM diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan.