awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buaya tembaga 3.65 meter ditangkap di pantai Teluk Bahang

Bernama
Bernama
23/09/2025
13:22 MYT
Buaya tembaga 3.65 meter ditangkap di pantai Teluk Bahang
Pasukan APM mendapati buaya itu berada di pesisir pantai yang sering menjadi tumpuan pelancong, nelayan dan penduduk setempat. - Foto hiasan/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kemunculan seekor buaya tembaga di pesisir pantai di belakang sebuah hotel di Teluk Bahang, dekat sini, menggemparkan orang ramai termasuk pelancong, sebelum reptilia sepanjang 3.65 meter itu berjaya ditangkap pihak berkuasa hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata pihaknya menerima makluman berhubung penemuan buaya itu daripada orang awam pada kira-kira 3.30 petang sebelum pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) terus ke lokasi.
Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pasukan APM mendapati buaya itu berada di pesisir pantai yang sering menjadi tumpuan pelancong, nelayan dan penduduk setempat.
"Percubaan pertama menggunakan bot dan pukat nelayan berjaya membawa buaya itu ke pantai, namun ia terlepas selepas pukat pecah. Cubaan kedua pada pukul 6 petang akhirnya membuahkan hasil apabila reptilia itu berjaya ditangkap dengan selamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Buaya berkenaan kemudian diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Muhammad Aizat berkata pasukan penyelamat pantai (BAYWATCH) APM akan terus melakukan pemantauan di sekitar kawasan pantai dan laut bagi memastikan keselamatan orang awam.
Beliau turut menasihatkan pengunjung supaya berwaspada ketika mandi-manda serta segera menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Kawalan Operasi Negeri APM Pulau Pinang di 04-226 3876 jika ternampak reptilia berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buaya tembaga
#Teluk Bahang
#ditangkap
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan