KUALA LUMPUR: Istana Negara menafikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Sumber Istana Negara memberitahu Astro AWANI, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung sesi sembah menghadap bagi memohon pembubaran Parlimen, seperti yang didakwa.
Sementara itu, memetik laporan Free Malaysia Today, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin turut mengesahkan laporan tersebut adalah palsu.
Tegas Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah ketika ini masih berada di Singapura.
BACA: MKT UMNO mahu Parlimen dibubarkan tahun ini - Ahmad Maslan
Terdahulu, media memetik blogger, Datuk Zaharin Mohd Yasin yang mendakwa Ismail Sabri akan ke Istana Negara bagi menghantar surat meminta pembubaran Parlimen diadakan segera.
Menurut laporan itu lagi, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO akan diiringi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bagi mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencapai ketetapan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan tahun ini.
Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Astro Awani
Mon Oct 03 2022
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin turut mengesahkan bahawa laporan tersebut adalah palsu - Foto fail/Astro AWANI
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kerajaan perlu terbitkan Kertas Hijau, biar masyarakat terlibat dalam Akta Penggal Tetap Parlimen
Ahli Parlimen Tuaran, Wildfred Madius Tangau melihat ia penting untuk mengelak lebih banyak maklumat tidak tepat tentang FTPA
[KOLUMNIS] Pengundian ekspres atau kemungkinan ditangguh?
Kemungkinan besar pengundian akan berlangsung pada 5 atau 12 November.
Biarpun Parlimen bubar, penyediaan Bajet 2023 tidak sia-sia - Tengku Zafrul
Situasi sama pernah terjadi pada 1999, iaitu bajet dibentangkan dan pembubaran Parlimen berlaku.
Majlis menghadap Agong hanya mesyuarat pra-kabinet, bincang isu kerajaan
Menurut Facebook rasmi Istana Negara, majlis menghadap itu merupakan aktiviti rutin antara kedua-dua pemimpin bagi membincangkan isu semasa.
PM beredar dari Istana Negara selepas kurang sejam menghadap Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira satu jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
PM tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki perkarangan Istana Negara pada pukul 3.48 petang.
Belanjawan Pahang 2023 tetap dibentang Jumaat ini - MB
Belanjawan Pahang 2023 tetap akan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pembubaran Parlimen kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?
Hanya Dewan Rakyat yang dibubar. Apabila sebut pembubaran Parlimen, ia bermaksud pembubaran Dewan Rakyat.
Tiada Pilihan Raya Negeri Sabah jika Dewan Rakyat dibubarkan tahun ini - Hajiji
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan dibubarkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen tahun ini.
UMNO tarik sokongan: Empat kemungkinan bakal berlaku - Sivamurugan
Institusi kerajaan Perikatan Nasional secara tidak langsung 'telah tumbang' sehubungan pengumuman Presiden UMNO berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk berpihak kepada YDPA.