awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak dipercayai lemas selepas dihanyut air sungai

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/09/2022
23:15 MYT
Budak dipercayai lemas selepas dihanyut air sungai
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan seramai 32 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam. - Astro AWANI
DUNGUN: Keriangan lima sahabat mandi di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya dikhuatiri lemas.
Mangsa Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pulau Serai disedari hilang kira-kira jam 6 petang, Isnin.
Menurut rakannya Wan Adib Hakimi Wan Ahmad Khairudin, 12, ketika kejadian mereka berada di beting pasir kira-kira 30 meter dari darat.
Jelasnya, menyedari air sungai mulai pasang, mereka mula bergerak naik ke darat sebelum terdengar jeritan mangsa.
"Masa itu kami empat orang pergi ke tengah, duduk dalam seminit, dua minit. Kita lihat di batu air semakin naik, jadi kami naik takut tak sempat air pasang nanti.
"Mangsa beritahu dia boleh berenang, tiba-tiba dia minta tolong," katanya.
Wan Adib Hakimi berkata bagaimanapun Muhammad Qhalish Iman Hazimi, 12, sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada pelampung yang dibaling oleh rakannya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, DSP Ahmad Shafiki Hussin berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan seramai 32 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam.
Menurut Ahmad Shafiki, operasi pencarian di air dihentikan kira-kira jam 12 tengah malam dan akan disambung pagi Selasa.
Topic Berkaitan
#lemas
#murid
#Abdul Rafiuddin Abdul Rashid
#Sungai Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan