KOTA BELUD: Kanak-kanak yang hilang selepas merajuk lari ke hutan ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Dudar di sini, pada jam 9.30 malam Isnin.
Aliesah Aslan, 11, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat dan sedikit keletihan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke rumah untuk berehat.
"Difahamkan, kanak-kanak itu telah keluar dari kawasan hutan berhampiran dan ditemui di kedai kampung berkenaan.
"Kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya dan pihak bomba mendapati dalam keadaan selamat, namun dipercayai keletihan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tambah beliau, susulan penemuan kanak-kanak itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 10.30 malam.
Media pada Isnin melaporkan kanak-kanak itu dipercayai merajuk dan melarikan diri ke hutan selepas bergaduh dengan adik perempuannya.
Kanak-kanak itu telah pulang ke rumahnya pada jam 3.30 pagi Isnin, namun keluar semula melarikan diri ke hutan selepas mendapati terdapat ahli keluarga lain berkumpul di rumahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 11 2023
Kanak-kanak itu dipercayai merajuk dan melarikan diri ke hutan selepas bergaduh dengan adik perempuannya. - Gambar hiasan
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Hafiz Suip tak pernah ‘hilang’, hanya ambil masa…
Penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengatakan dirinya mahu meninggalkan industri atau merajuk.
'Tiada anak tak sayang ibu bapa, mungkin Syamsul masih merajuk' - Yusof Haslam
Jelas Yusof, beliau beranggapan Syamsul kini sibuk dengan filem Original Gangster yang dijangka menemui penonton hujung tahun ini.
Budak 10 tahun pandu kereta 320km, merajuk gajet dirampas
Dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun pergi 'membawa diri' dengan memandu kereta sejauh 320 kilometer sebelum ditahan polis.
Budak merajuk lari ke hutan ditemukan dalam keletihan
Aliesah Aslan, 11, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat dan sedikit keletihan.
606 kes orang hilang di Kelantan dilaporkan sejak 2016
Sebanyak 606 kes orang hilang dilaporkan di Kelantan sejak 2016 hingga setakat ini yang antara puncanya adalah merajuk dan tidak selesa bersama keluarga.
Melaka United nafi Apek merajuk
Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menafikan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat merajuk dan mahu meninggalkan MUFC.
'Bukan merajuk, tapi saya akui...' - Siti Sarah dedah punca senyap
Kalau bukan merajuk, kenapa pula tu?
Pemimpin yang tidak dipilih perlu buktikan kesetiaan pada parti - Mahdzir
Pemimpin yang tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) perlu membuktikan prinsip kesetiaan atau 'wala' mereka kepada parti bagi pstikan Barisan Nasional (BN) menang besar.
Mohd Puad lepas jawatan KP Jasa kerana tak tercalon
Pengumuman itu dibuat beliau menerusi kenyataan di laman sosial Facebook menerusi catatannya yang berjudul 'Hari terakhir di Jasa'.
Isu Mohd Puad perlu diselesaikan segera - SU BN Johor
Isu melibatkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diselesaikan segera.