KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa budaya kerja di syarikat tersebut adalah perlu mengikut arahan atau berhenti kerja.
Perkara ini didedahkan oleh saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Wan Aizuddin menyoal saksi mengenai e-mel mengandungi arahan daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low berhubung pemerolehan dua pengeluar tenaga bebas iaitu Genting Sanyen dan Tanjong Energy, yang menjadi perhatian utama pembangkang pada 2013.
Menurut penyataan saksi, arahan Jho Low adalah untuk pengurusan 1MDB menambah jawapan kepada soalan berkaitan pengambilalihan yang dikemukakan oleh pembangkang untuk menjadikannya kelihatan lebih meyakinkan.
Bagaimanapun, bekas CEO itu dalam kenyataannya berkata beliau tidak berani membangkitkan kebenaran kerana takut akan menjejaskan kerjaya dalam 1MDB.
Wan Aizuddin: Setelah mengatakan anda takut untuk kerjaya anda dalam 1MDB, pernahkah anda membangkitkan kebimbangan ini kepada Jho Low?
Mohd Hazem: Ya, dalam perbualan melalui sistem pesanan Blackberry.
Wan Aizuddin: Boleh anda memperjelaskan apa sebenarnya yang anda maksudkan dalam pernyataan saksi anda?
Mohd Hazem: Biarpun apa pandangan anda, pemerolehan itu agak mahal. Semua ini adalah soalan yang dibangkitkan oleh orang awam khususnya pembangkang pada masa itu. Anda perlu mematuhi, anda perlu memberi respons yang boleh diterima oleh orang awam dan ia bukan realitinya.
Wan Aizuddin: Bagaimanakah respons anda akan menjejaskan kerjaya anda dalam 1MDB?
Mohd Hazem: Saya mesti ikut bersama, jika saya beri pandangan peribadi maka saya dianggap tidak bersama dengan 1MDB. Saya takut bahawa ia boleh menjejaskan kerjaya saya dalam 1MDB.
Wan Aizuddin: Apa maksud anda dengan 1MDB?
Mohd Hazem: 1MDB, maksud saya Jho Low dan yang lain.
Mohd Hazem berkata beliau tidak membantah arahan dalam e-mel itu kerana “Jho Low menguruskan syarikat itu”.
Wan Aizuddin: Jadi anda tidak mahu menyinggung perasaan Jho Low?
Mohd Hazem: Bukannya saya tidak mahu menyinggung perasaan tetapi jika saya membantah, itu akan menjejaskan kerjaya saya.
Saksi itu turut bersetuju dengan cadangan Wan Aizuddin bahawa walaupun kebimbangan itu, beliau masih dinaikkan pangkat ke jawatan utama 1MDB.
Mohd Hazem turut menjawab beliau sedang menyatakan kekecewaan bahawa beliau perlu mengikuti arahan Jho Low.
“ Ini adalah budaya, sudah tentu tiada siapa yang mengatakannya...tetapi jika anda bekerja dalam mana-mana syarikat, jika anda tidak gembira dengan bos, anda berhenti,” kata saksi itu.
Wan Aizuddin: Lihat e-mail yang dihantar Jho Low kepada anda pada 2013, dia merujuk anda sebagai bos. Bukahkah perkara biasa bagi Jho Low memanggil anda sebagai bos? Adakah ia sebagai adat?
Mohd Hazem menjawab: “kadang-kadang ia adalah normal...walaupun anda pergi ke restoran mamak, mereka memanggil anda boss...anda boleh memanggil ssesiapa sahaja”.
Berkaitan arahan e-mel oleh Jho Low, Mohd Hazem berkata beliau tidak menyemak kandungan e-mel itu secara langsung dengan Najib kerana Jho Low adalah satu-satunya orang yang dapat mengesahkan kebenaran kandungan itu.
Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Bekas CEO itu dalam kenyataannya berkata beliau tidak berani membangkitkan kebenaran kerana takut akan menjejaskan kerjaya dalam 1MDB. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindah kes saman AS$6.5 bilion
Pesuruhjaya Kehakiman turut mengarahkan 1MDB membayar kos RM4,000 masing-masing kepada Arul Kanda dan Mohd Irwan.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Disekat dari ke luar negara, tetapi tidak ditahan - Bekas Pengarah SRC
Shahrol memberitahu beliau tidak ditahan pihak berkuasa berkaitan urus niaga syarikat itu, namun disekat daripada ke luar negara.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.