awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan gelang 'pink' pengawasan, tapi tag keluar masuk bebas cukai KLIA

Bernama
Bernama
20/10/2020
22:16 MYT
Bukan gelang 'pink' pengawasan, tapi tag keluar masuk bebas cukai KLIA
Polis mendapati lelaki itu mengaku gambar yang tular itu adalah dirinya, dan ia diambil sewaktu beliau pulang dari tempat kerja di Seksyen 15, Shah Alam.
SHAH ALAM:Seorang lelaki yang gambarnya tular dalam media sosial pada Selasa kerana menaiki motosikal dengan memakai 'kononnya' gelang berwarna merah jambu dekat sini pagi tadi, bukanlah individu yang dikenakan perintah pengawasan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata sebaliknya, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu hanyalah memakai gelang yang merupakan tag keluar masuk kompleks bebas cukai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Semakan mendapati nombor pendaftaran motosikal itu didaftarkan atas nama seorang wanita tempatan berumur 32 tahun, beralamat di Pelabuhan Klang.
"Pasukan polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Klang Selatan telah mengesan dan menemu bual pemilik motosikal tersebut. Beliau menyatakan bahawa motosikal tersebut digunakan oleh abangnya yang bekerja sebagai pemandu lori (pada ketika itu)," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa.
Shamsul Amar berkata hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu mengaku gambar yang tular itu adalah dirinya, dan ia diambil sewaktu beliau pulang dari tempat kerja di Seksyen 15, Shah Alam sekitar 10 pagi Selasa selepas selesai urusan penghantaran barang di kompleks bebas cukai KLIA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#tag pink
#KLIA
#perintah pengawasan COVID-19
#COVID-19
#Tular
#Shamsul Amar Ramli
#lelaki
#gelang pink
#Gelang merah jambu
#tag keluar masuk
#kompleks bebas cukai
#Gambar tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan