awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bukan hanya pekerja, kebajikan majikan juga tanggungjawab saya sebagai menteri" - Saravanan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/04/2021
09:24 MYT
"Bukan hanya pekerja, kebajikan majikan juga tanggungjawab saya sebagai menteri" -  Saravanan
M Saravanan berkata, sehingga kini terdapat lebih 400,000 peluang pekerjaan di pelbagai sektor termasuk perladangan, pembinaan dan perkhidmatan. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji pegambilan semula pekerja asing sebagai memenuhi permintaan di beberapa sektor termasuk perladangan, pembinaan dan perkhidmatan yang tidak mendapat sambutan rakyat tempatan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, sehingga kini terdapat lebih 400,000 peluang pekerjaan di sektor-sektor berkenaan.
"Sebagai menteri, saya bukan hanya fikir mengenai pekerja sahaja, saya juga bertanggungjawab untuk melihat kebajikan majikan-majikan yang terjejas. Tanpa majikan tidak ada pekerja.
"Saya amat sedih melihat pemain industri, kita membuat keputusan untuk tidak membenarkan pekerjaan asing, kami dalam dilema," katanya pada sidang media selepas sesi walkabout Program Karnival Kerjaya Urban Poor di Pusat Komuniti Setiawangsa, di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Saravanan turut menjelaskan, perkara itu telah dibincangkan di peringkat Kabinet.
Pun begitu katanya, kerajaan masih memberi keutamaan kepada pekerja tempatan dalam mengisi kekosongan jawatan yang ada itu.
Pada tahun lalu, kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing dalam semua sektor untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, Program Kerjaya Urban Poor yang berakhir hari ini menawarkan 34,283 peluang pekerjaan melibatkan 164 majikan.
"Ini termasuk Kerjaya Urban Poor yang diadakan di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini, yang menyaksikan 10,592 jawatan kosong disediakan oleh 39 majikan," jelas beliau.
Sementara itu, rata-rata perserta yang ditemui Astro AWANI berharap program seumpama itu perlu diteruskan terutamanya dalam membantu golongan muda mendapat pekerjaan.
Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Abdul Razak Mohamad Ali, 25, berkata, meskipun tidak menganggur pada ketika ini, namun dia mahu mencuba nasib untuk mendapat pekerjaan yang lebih sesuai dan tetap.
"Baerdasarkan temuduga hari ini, saya yakin hampir 80 peratus boleh dapat (pekerjaan). Mereka juga memberi beberapa cadangan mengenai reka bentuk laman web dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi bekas graduan Kolej Victoria, Jayaa Khugan Selvarajah, 23, berkata, karnival ini menjadi medium yang tepat dalam mempertemukan keperluan industri dan pekerja.
"Sudah dua tahun saya menganggur, saya harap saya boleh dapat kerja pada kali ini," ujarnya.
Seorang lagi bekas penuntut Sekolah Vokasional Shah Alam, Amar Jazli Jamal, 22, yang menganggur sejak tahun lalu berharap, dia akan mendapat pekerjaan pada kali ini kerana mempunyai komitmen yang perlu dilunaskan.
Topic Berkaitan
#Saravanan
#Kementerian Sumber Manusia
#pekerja asing
#sektor perkhidmatan
#Program Kerjaya Urban Poor
#menganggur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan