Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menegaskan tiada keperluan menubuhkan kerajaan campuran UMNO dan PAS dalam usaha menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.
Beliau berkata buat masa kini kerajaan persekutuan memang bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan PAS terutama dalam soal mengerah agensi berkaitan untuk membantu mangsa banjir.
"Saya rasa tak perlu sampai menubuhkan kerajaan campuran sebab itu soal politik. Kita boleh ada penyelarasan biasa... sebab walaupun PAS ialah kerajaan negeri, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) datang, Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) juga ada.
"Ini bukan masa untuk bincang soal perpaduan, sebaliknya untuk sampaikan bantuan (kepada mangsa banjir). Dan bantuan tetap disampaikan dengan kedudukan sedia ada," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kepada masyarakat Siam di Kampung Teresek di sini hari ini.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, mengulas satu saranan supaya kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS membentuk kerajaan campuran bagi menyelesaikan masalah banjir yang sekian lama menghantui penduduk di negeri ini.
Dalam pada itu, Khairy berkata, Pemuda UMNO juga akan mengambil tindakan proaktif membantu membersihkan kesan banjir terutama runtuhan binaan seperti rumah, sampah-sarap dan lumpur tebal.
Beliau berkata fasa kedua iaitu membersihkan kawasan terjejas adalah sama penting dengan fasa menyelamat serta memberi bantuan berupa bekalan makanan dan keperluan asas seperti tilam dan ubat-ubatan.
"Saya tengok kemusnahan di beberapa tempat seperti Kuala Krai dan Gua Musang lebih kurang sama macam di Aceh (yang dilanda tsunami pada 2004).
"Itulah skala kemusnahan dan saya harap kami dapat terus beri masa untuk kami datang dan bantu dalam usaha bersihkan serta memastikan mangsa banjir dapat pulang ke rumah mereka," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata Pemuda UMNO telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysian Doctors Club untuk membawa beberapa doktor bagi memberi rawatan kepada mangsa banjir yang tidak sempat pergi ke klinik atau hospital.
Beliau berkata ini bagi memastikan golongan itu mendapat rawatan yang sewajarnya bagi membendung penyakit yang mungkin menyerang susulan bencana banjir yang melanda negeri itu baru-baru ini.
"Pemeriksaan ini diperlukan sebab kami tengok ada beberapa tempat banyak kes batuk, demam, yang perlukan rawatan cepat sebab mungkin doktor-doktor di hospital perlu menangani kes lebih serius," jelas Khairy.
Bernama
Fri Jan 02 2015
KHAIRY: Ini bukan masa untuk bincang soal perpaduan, sebaliknya untuk sampaikan bantuan.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.