Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatukan semua parti pembangkang bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), bukanlah semudah yang disangkakan.
Malah, beliau yakin cadangan itu tidak mungkin diterima oleh parti-parti pembangkang.
"Walaupun sifat pemaaf itu harus ada pada seseorang yang berjiwa besar, yang dikatakan luka lama telah sembuh, tetapi mustahil tidak ada parut yang tertinggal.
"Jadi, atas parut itulah saya yakin cadangan berkenaan sukar diterima bagi menyatukan semua parti dalam satu wadah... ini kerana tokoh berkenaan juga menyebabkan parti-parti berkenaan masih berduka dan ada parut politik," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya walaupun 'perkahwinan' politik bakal dijalinkan, ia hanyalah berbentuk sementara bagi mencapai tujuan pemimpin berkenaan.
"Janganlah ia dijadikan sebagai kuda tunggangan untuk mencapai sesuatu tujuan kerana keikhlasan politik itu jelas dari tindakan yang dilakukannya.
"Ramai yang melihat tindakan tersebut semata-mata untuk mencapai tujuan seseorang dan diuruskan oleh orang lain, seolah-olah memperlihat adanya kesatuan dalam kalangan pimpinan parti berkenaan,"katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh, menyerahkan 130 ekor lembu korban sempena Aidiladha untuk diagihkan kepada masjid, surau serta agensi kerajaan dalam Bagan Datoh
Selain Ahmad Zahid, lembu berkenaan juga disumbangkan oleh beberapa syarikat antaranya HeiTech Padu Berhad, Naza Group dan MyEG Services Berhad.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang menjalan tugas Timbalan Presiden UMNO, menasihati semua pemimpin dan wakil rakyat supaya memberi bantuan secara adil kepada semua pihak yang layak dan memerlukan.
Beliau berkata budaya itu harus menjadi ikutan dan prinsip semua pemimpin, tanpa mengira parti yan diwakili, kerana beliau mendapat maklumat adanya pemimpin yang tidak memikul amanah yang diberikan.
"Jangan tolong hanya saudara mara dan yang menyokong kita sahaja. Ramai orang di luar sana perlukan bantuan.
"Ketepikanlah, jangan kisah sokong tak sokong. (Jika) mereka layak, kita beri sebab kita pemimpin dan itulah sikap pemimpin yang terbaik," katanya.
Bernama
Fri Sep 09 2016
Zahid berkata beliau yakin cadangan itu tidak mungkin diterima oleh parti-parti pembangkang.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.