awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
11/12/2024
12:00 MYT
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya menurunkan peratusan pinjaman tidak berbayar (NPL) daripada dua digit kepada satu digit hasil tindakan susulan yang diambil terhadap peminjam daripada senarai ingkar.

Ringkasan AI
  • MARA berjaya menurunkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) kepada satu digit melalui tindakan seperti undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
  • Peminjam yang ingkar, termasuk mereka yang mempamerkan kemewahan, dikenakan tindakan tegas tanpa pilih kasih kerana pinjaman adalah wang rakyat.
  • Tindakan ini penting untuk memastikan modal pusingan tersedia bagi membantu peminjam lain mencapai kejayaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Tanpa mendedahkan jumlah terkini peratusan NPL, Ahmad Zahid berkata satu ketika dahulu ia pernah mencapai lebih 10 peratus.
"Walaupun kita belum berpuas hati, kita mempunyai usaha-usaha termasuk melakukan penyeliaan kerana memang terdapat dalam kalangan peminjam itu dalam kategori defaulters dan (saya) tidak merujuk kepada mana-mana individu, kumpulan ini memang ada.
"Justeru apa dilakukan bukan hanya tindakan undang-undang, juga penyitaan wajib dilakukan sebab pinjaman bukan geran, bukan bantuan, tetapi pinjaman yang perlu bayar balik kerana kita perlukan modal pusingan untuk memberikan peluang kepada peminjam lain dan beri orang lain maju dalam bidang masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara MARA Incorporated Sdn Bhd dan FELCRA Berhad bagi Pembangunan Pusat Data di Bagan Datuk, Perak, di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata bahawa peminjam institusi itu yang dilihat sengaja tidak membayar pinjaman tetapi memperagakan kemewahan.
Dalam hal tersebut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata MARA tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan, kerana ia adalah wang rakyat yang diperoleh daripada pembayar cukai.
Sebelum ini, media melaporkan tindakan pegawai MARA menyerbu sebuah rumah dipercayai milik pelakon terkenal di Kota Damansara, Petaling Jaya, susulan kegagalannya membayar balik pinjaman berjumlah RM1 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MARA
#Ahmad Zahid Hamidi
#pinjaman tidak berbayar
#NPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan