awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan semua orang politik gelojoh, zalim - Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
02/10/2023
23:00 MYT
Bukan semua orang politik gelojoh, zalim - Anwar
Anwar beramah mesra dengan sebahagian hadirin pada Karnival Segalanya Felda Wilayah Mempaga di Felda Chemomoi, Bentong, 2 Okt 2023. --fotoBERNAMA
BENTONG : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk menjual negara atau semata-mata untuk memberi limpahan kekayaan untuk ahli keluarganya.
Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa pertemuan beliau bersama Perdana Menteri China ketika lawatannya ke negara itu mempunyai agenda tersembunyi.
"Perdana Menteri China minta pertemuan makan tengah hari khas (dengan) saya berdua dan bincang. Kita terus terang agar kawasan perairan kita (terpelihara). (Tapi) kata Anwar dah jual negeri, bagi Ambalat.
"Sebab tu saya malas nak jawab semua (isu)... Saudara, saya masuk keluar penjara kena pukul setengah mati, kemudian jadi PM (Perdana Menteri) nak jual negeri ini ke? Nak perkayakan saya, (Datuk Seri Wan) Azizah (Wan Ismail) dan anak-anak? Tidak.
"Kita nak gunakan kuasa kita untuk ubah. Bukan semua orang politik gelojoh makan. Bukan semua zalim," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda, di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini, pada Isnin.
Bercakap di hadapan kira-kira 1,000 warga Felda Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Anwar selepas 25 tahun beliau percaya masih ramai pihak tidak berpuas hati dan menafikan keupayaannya mentadbir negara untuk menjadi lebih baik khususnya menangani isu salah guna kuasa dan rasuah.
Justeru, beliau berikrar untuk menghentikan sikap pemimpin yang sering mengambil kesempatan untuk kepentingan diri mereka.
"Insya-Allah saya akan cuba sedaya upaya saya dan rakan-rakan jemaah menteri, kerajaan negeri, kita akan lakukan sebaiknya hentikan perangai orang-orang besar, pemimpin-pemimpin yang ambil kesempatan kayakan diri mereka, ambil balak, ambil tanah ambil nadir bumi, ambil saham, dan ambil kontrak.
"Saya nak hentikan itu supaya pemimpin baru di Malaysia jaga amanah dan bela nasib rakyat. Saya yakin kalau ada tekad, bagi masa kita akan ubah dan angkat semula Malaysia jadi negara hebat di Asia Tenggara," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#agenda tersembunyi
#Lawatan ke China
#orang politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan