KUCHING: Bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak masih perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak sebelum memasuki Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan bagaimanapun memaklumkan pengecualian arahan itu diberikan kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.
Menurut JPBN Sarawak, mereka hanya perlu menunjukkan surat pengesahan daripada ketua jabatan dan permit kerja sah (jika berkenaan) sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Pekerja sektor swasta juga diberikan pengecualian dan mereka perlu menunjukkan surat pengesahan majikan dan permit kerja sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.
"Bukan rakyat Sarawak yang berkahwin dengan pasangan berasal dari Sarawak juga tidak perlu mohon EnterSarawak tetapi hanya perlu tunjuk sijil perkahwinan sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang atau melalui ICQS.
"Anak pasangan yang berasal dari Sarawak yang dilahirkan di luar Sarawak (negeri-negeri lain dalam Malaysia) juga hanya perlu menunjukkan sijil lahir sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS," menurut JPBN Sarawak.
Turut diberi pengecualian ialah pemegang visa Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang hanya perlu menunjukkan dokumen pas visa sebelum dibenarkan menaiki pesawat, bot penumpang dan melalui ICQS.
Selain itu, kesemua mereka juga perlu mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF) dan wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak masih perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak sebelum memasuki Sarawak. -apkpure.com
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
COVID-19: JPBNS umum peraturan baharu masuk ke Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menggariskan beberapa peraturan baharu masuk ke negeri itu susulan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah.