awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 15 negeri AS, Washington DC isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk
PRK Kinabatangan: Peti undi SK Inarad terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi
Kesatuan Pekerja Hyundai bantah penggunaan robot Atlas di kilang pengeluaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman ambil alih kes rakaman suara didakwa hina Raja Perlis

Bernama
Bernama
18/10/2025
12:40 MYT
Bukit Aman ambil alih kes rakaman suara didakwa hina Raja Perlis
Kes rakaman suara dipercayai milik seorang pemimpin politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Negeri Perlis, kini diambil alih Bukit Aman. - Foto hiasan/Sinar Harian
KANGAR: Kes rakaman suara dipercayai milik seorang pemimpin politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Institusi Diraja Negeri Perlis, kini diambil alih Bukit Aman.

Ringkasan AI
  • Bukit Aman mengambil alih siasatan rakaman suara didakwa milik seorang pemimpin politik yang menghina Institusi Diraja Perlis.
  • Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dengan bantuan Polis Perlis.
  • Rakaman yang tersebar di media sosial didakwa mengandungi fitnah terhadap Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kes itu akan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.
"Jadi, apa yang berlaku di sini ialah pihak polis Perlis hanya akan membantu Bukit Aman dalam melengkapkan siasatan," katanya kepada Bernama.
Semalam, Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dilaporkan berkata rakaman suara itu dipercayai mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Beliau berkata kandungan itu dipercayai telah disebarkan secara terbuka menerusi media sosial, dan mengandungi maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan maruah dan reputasi Institusi Diraja Negeri Perlis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakaman suara
#fitnah Raja Perlis
#pemimpin politik
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan