KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,897 kertas siasatan dibuka melibatkan kes-kes dalam media sosial bagi tempoh Januari 2019 hingga semalam, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 185 kes menyentuh institusi diraja, 112 kes melibatkan kaum, 168 kes penghinaan agama dan 248 kes berkaitan kerajaan.
"Jumlah yang selebihnya melibatkan kes individu atau agensi dan sebanyak 844 iaitu 44.5 peratus kes berjaya diselesaikan manakala bakinya iaitu 1,053 kes atau 55.5 peratus lagi masih dalam siasatan.
"Sepanjang tempoh 18 Mac tahun lepas hingga 20 Jun tahun ini, siasatan melibatkan penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 mencatatkan 254 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 109 kes telah diselesaikan manakala 145 kes lagi masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abd Jalil berkata JSJ melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Bukit Aman bertanggungjawab memantau sekali gus dengan bantuan kontinjen di seluruh negara menjalankan siasatan kes melibatkan media sosial.
Beliau berkata ini melibatkan penyebaran berita palsu atau hasutan yang boleh membangkitkan perasaan tidak setia, menyebabkan kegentaran awam atau menggugat keamanan negara yang berbaur penghinaan terhadap institusi diraja, kerajaan, pentadbiran keadilan, sensitiviti agama serta kaum.
"Siasatan dijalankan selari dengan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"...sekiranya mempunyai elemen seperti berikut iaitu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 500/504/505/298A/298/203A), Akta Hasutan 1948, kes-kes melibatan 3R (Ruler, Religion dan Races), kes melibatkan kerajaan, pentadbiran, keadilan, individu berpengaruh atau kes berprofil tinggi dan kesalahan di bawah undang-undang lain seperti Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342)," katanya.
Abd Jalil berkata pihaknya menyeru dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyalurkan berita atau informasi yang tidak dipastikan kesahihannya.
"Sebarang penularan berita palsu, berkecenderungan menghasut atau apa-apa berita yang boleh menyebabkan kegentaran awam melalui platform media sosial tersenarai kepada kesalahan yang boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain yang berkuat kuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Abd Jalil menyeru orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyalurkan berita yang tidak dipastikan kesahihannya. - Gambar hiasan AP
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.