awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan

Bernama
Bernama
15/11/2024
20:10 MYT
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
Mohd Yusri menasihati pengusaha kenderaan perdagangan untuk mematuhi penyelenggaraan berkala selain memastikan tahap kesihatan dan kemahiran pemandu berada dalam keadaan terbaik. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan mempertingkatkan penguatkuasaan, selain bersikap tegas dan tidak berkompromi terhadap semua kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya di seluruh negara.
Pengarah JSPT Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sebanyak 168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
"Dalam tempoh berkenaan, JSPT telah melaksanakan Op Perdagangan melibatkan 4,822 operasi serta mengeluarkan 38,367 saman dan menyita 177 kenderaan pelbagai jenis," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata antara kesalahan utama yang dikesan adalah membawa muatan berbahaya, ketiadaan segi tiga kecemasan, tayar tidak berbunga, lampu isyarat dan brek yang tidak berfungsi serta muatan yang tidak diikat dengan kemas.
"Lori kecil, treler dan lori kontena merupakan penyumbang tertinggi bagi kes-kes kemalangan yang melibatkan kenderaan perdagangan bagi tempoh itu," katanya.
Mohd Yusri menasihati pengusaha kenderaan perdagangan untuk mematuhi penyelenggaraan berkala selain memastikan tahap kesihatan dan kemahiran pemandu berada dalam keadaan terbaik.
"Pengguna kenderaan digesa mematuhi undang-undang dan mengamalkan pemanduan berhemah untuk mengelakkan sebarang kemalangan demi keselamatan bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman
#Bukit Aman
#kenderaan perdagangan
#Mohd Yusri Hassan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan