awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman sahkan pertukaran Nik Ezanee jadi juruiring PM

Bernama
Bernama
20/12/2021
16:10 MYT
Bukit Aman sahkan pertukaran Nik Ezanee jadi juruiring PM
Nik Ezanee dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha PDRM DCP Ruslan Khalid dalam kenyataan hari ini memaklumkan Nik Ezanee dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jabatan Perdana Menteri.
BACA: Nik Ezanee kini juruiring Perdana Menteri
Pertukaran lain melibatkan Timbalan Pengarah, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman DCP Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) di jabatan sama.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak SAC Nurulhuda Mohd Salleh dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
Pertukaran lain membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman SAC Wan Rukman Wan Hassan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu.
Dalam pada itu SAC (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman SAC Mohd Soaihami Rahim dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Ezanee
#juruiring perdana menteri
#pertukaran jawatan
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan