awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Larut, Burmese Pool ditutup kepada pengunjung mulai Sabtu

Aida Aziz
Aida Aziz
18/12/2022
20:21 MYT
Bukit Larut, Burmese Pool ditutup kepada pengunjung mulai Sabtu
Orang ramai terutamanya penduduk Taiping dinasihat menangguhkan sebarang aktiviti di kawasan berisiko tinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut. - Foto MPT
TAIPING: Pusat Peranginan Bukit Larut dan Burmese Pool di sini ditutup kepada pengunjung selama tujuh hari mulai Sabtu sehingga 23 Disember ini, tertakluk pada pindaan dari masa ke semasa, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.
Katanya, keputusan itu dibuat susulan arahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, supaya semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta.
"Di kesempatan ini saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi runtuhan cerun di Batang Kali.
"Berikutan tragedi cerun runtuh, pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengeluarkan arahan penangguhan dengan segera bagi semua aktiviti di kawasan berisiko tinggi.
"Ia termasuk kawasan cerun, pantai, kepala air dan berisiko banjir di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Khairul Amir turut menasihatkan orang ramai terutamanya penduduk Taiping untuk menangguhkan sebarang aktiviti di kawasan berisiko tinggi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL).
"Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Batang Kali, saya berpesan kepada hadirin sekalian dan semua penduduk Taiping serta pengunjung agar menangguhkan sebarang aktiviti di kawasan berisiko tinggi sepanjang tempoh MTL.
"Saya juga meminta semua pengusaha-pengusaha pelancongan di lereng bukit membuat pengamatan risiko di kawasan masing-masing dan mengambil tindakan menutup pusat pelancongan sekiranya mengundang risiko keselamatan," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali Jumaat lalu, setakat ini menyaksikan 24 nyawa terkorban dan sembilan lagi mangsa masih hilang.
Topic Berkaitan
#tutup
#burmese pool
#Bukit Larut
#Tanah Runtuh Batang Kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan