awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buku tentang Pak Lah ada agenda sendiri -- Kadir Jasin

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2013
07:43 MYT
Buku tentang Pak Lah ada agenda sendiri -- Kadir Jasin
Penerbitan buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penganalisis politik dan ahli akademik.
Ia juga telah mencetuskan kontroversi selepas pemimpin pembangkang, Nurul Izzah Anwar dijadualkan melancarkan buku berkenaan di Singapura.
Astro Awani turut menghubungi Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin untuk mengulas mengenai buku yang menjadi kontroversi ini.
Kata A. Kadir mungkin pihak penerbitan buku berkenaan mempunyai agenda tersendiri menerbitkan buku tersebut ketika pemilihan kepimpinan UMNO akan datang.
Penerbit juga dikatakan sengaja mempergunakan persepsi buku ini yang seolah-olah pandangan seratus peratus bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ia lebih jelas pada Isnin lalu apabila beliau menafikan bahawa beliau menulis, menaja atau meminta supaya buku itu diterbitkan.
Dalam kenyataannya Pak Lah berkata beliau sedia diwawancara dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh atas prinsip keterbukaan demi perdebatan seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.
Justeru, beliau meminta agar tiada pihak membuat andaian bahawa buku ini ditulis olehnya kerana ia adalah pemesongan fakta dan fitnah.
Topic Berkaitan
#Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan