awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fitnah terhadap Azam Baki, Bukit Aman panggil Albert Tei beri keterangan
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dilancar hari ini

Bernama
Bernama
16/07/2023
00:40 MYT
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dilancar hari ini
Pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang ketika raptai sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya ketika tinjauan semalam. --fotoBERNAMA
IPOH: Jalur Gemilang akan berkibar megah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini hari ini tanda bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Majlis pelancaran yang dijangka menggamit kira-kira 10,000 pengunjung itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berlangsung pada 10 pagi ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Terdahulu seawal jam 6 pagi tadi, ribuan peserta 6,600 Langkah Perpaduan mula memenuhi venue itu bagi menyertai program yang dirasmikan pelepasannya oleh Fahmi pada jam 7.30 pagi ini.
Tumpuan kemudian akan terarah di pentas utama di mana acara simbolik pelancaran penuh semangat patriotisme akan berlangsung.
Ia termasuk upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Lagu Negaraku diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara.
Selepas itu Timbalan Perdana Menteri akan melepaskan konvoi Kembara Merdeka dan Jalur Gemilang 2023 yang akan menjelajah seluruh pelosok negara sempena menyambut bulan kemerdekaan.
Sempena pelancaran juga, turut diadakan Karnival Kita MADANI dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu Jualan Rahmah, pertandingan bintang patriotik, kuiz kenegaraan, persembahan artis dan pelbagai lagi.
Polis Diraja Malaysia pula akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus bermula dari 8.30 pagi hingga 3 petang ini.
Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#Fadillah Yusof
#Hari Kebangsaan
#Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan